Pages

Thursday, December 29, 2011

Perempuan Tidur Bogel dengan Babi



MESKIPUN mengakui dirinya takut kepada kuman, namun atas nama seni, seorang wanita penggiat seni, Miru Kim sanggup untuk tinggal bersama babi selama 104 jam tanpa henti.

Bekas pelajar perubatan itu tinggal di dalam bilik di bahagian depan sebuah galeri, Art Basel Miami 2011, dan para pengunjung boleh melihatnya berbogel bersama babi melalui sebuah tingkap.


Selama empat hari seterusnya, dia akan terus tinggal, makan, dan tidur bersama dua ekor babi di dalam sebuah bilik kaca.

Kim, yang juga merupakan anak kepada seorang ahli falsafah Korea itu mula terkenal sejak dia mengambil gambar-gambar bogel dirinya sendiri di tempat-tempat ganjil seperti kilang usang, terowong, dan jambatan.

Ujarnya, kerja yang dilakukan itu membantunya untuk mengatasi ketakutannya — "Ketakutan terhadap kegelapan, bahaya dan ketakutan terhadap kekotoran".


Dia mendapat idea untuk mengadakan pameran seni yang diberi nama "I like pig and pig like me" (Saya suka babi dan babi suka saya) itu selepas membaca sebuah buku seorang ahli falsafah, Michel Serres.

Buku berjudul "Five Senses: A Philosophy of Mingled Bodies" itu meneroka dan menghuraikan perihal ciri-ciri dan sifat kulit.

"Kulit bukan sekadar sebuah sampul yang melindungi bahagian dalaman badan, atau membran yang mengawal pertukaran di antara luaran dan dalaman badan" kata Kim.

"Ia juga bertindak sebagai titik pertemuan dunia luar dan dalaman, juga di antara badan dan jiwa" tambahnya lagi.

"Apabila saya bergaul dengan babi-babi, kewujudan saya lebih dapat dirasakan".

Kim mulai kagum dengan babi sejak dia mempelajari subjek pembedahan di Colombia University di New York. Sejak dari itu dia mula memiliki tarikan kuat terhadap haiwan itu (babi).

"Ianya berlaku selepas saya menyedari bahawa struktur anatomy dan warna kulit babi sangat menyamai kita" kata Kim menceritakan pengalamannya.

"Babi haiwan yang sensitif, pandai dan sewaktu saya bersama babi memasuki bilik kaca, pada mulanya ia memberikan reaksi takut dan kehairanan".

Sumber : Blog FreeMalays

Wednesday, December 28, 2011

Guru agama dicekup khalwat Dengan Isteri Orang


KANGAR: Seorang guru sebuah sekolah rendah, di sini, memberi alasan daripada sudut agama apabila ditahan bersama pasangan perempuannya kerana disyaki berkhalwat di Sungai Batu Pahat, di sini, awal pagi Sabtu lalu.

Dalam pemeriksaan kira-kira jam 1.30 pagi itu, suspek berusia 30-an cuba berdolak-dalih dengan mengeluarkan alasan tidak masuk akal bagi mengelak dicekup sekumpulan penduduk kerana berkelakuan mencurigakan di kawasan gelap di situ.


Difahamkan, suspek yang juga guru Pendidikan Islam ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan sumbang dengan seorang wanita yang juga isteri orang.

Jurucakap Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) berkata, lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya berusia 30-an selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah kereta di kawasan itu.


Menurutnya, kereta berkenaan diletakkan di kawasan gelap sebelum disedari beberapa anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) yang membuat rondaan lalu melakukan pemeriksaan dengan bantuan penduduk.


“Kedua-dua mereka dicekup sebelum dibawa ke balai polis berhampiran,” katanya.

Wednesday, November 02, 2011

Gay makin berleluasa....Dunia Akhir Zaman....

‘Suamiku luar tabii’
Oleh Noor Syahidatool Aqma Mohd Noor dan Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my

BUKTI...Liza menunjukkan cetakan dari laman sosial facebook berhubung hubungan luar tabii suaminya.

KLANG: “Selepas hampir tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak, saya langsung tidak menyangka akan berdepan badai yang amat dahsyat apabila suami berubah cinta dengan menyintai kaum sejenisnya.

“Hati isteri mana yang tak remuk kerana suami yang disanjung rupa-rupanya gay,” rintih isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Liza.


Ibu berusia 29 tahun itu berkata, pada mulanya dia mengesyaki suaminya yang berusia 30-an menjalin hubungan sulit dengan perempuan lain selepas mengesan beberapa petanda mencurigakan.

“Suami saya seorang yang lembut, begitu juga dengan tingkah laku dia, tetapi saya tak sangka sampai ke tahap dia melakukan hubungan songsang dengan kaum sejenisnya,” katanya yang juga kakitangan sebuah hospital swasta di ibu kota.


Liza berkata, perkahwinannya dengan suami diatur keluarga, namun dia mencintai dengan sepenuh hati lebih-lebih lagi selepas mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia enam dan tiga tahun.


Menurutnya, perubahan sikap suaminya mula dikesan Mac lalu apabila sering marah tanpa sebab munasabah, panas baran dan sering memaki-hamunnya.

Liza semakin curiga apabila menemui kondom di bawah pelapik kaki di dalam kereta, namun apabila ditanya, suaminya memberi alasan ia milik rakan.


“Selepas kejadian itu, saya nekad untuk mengintip setiap perlakuan suami. Pada Ogos lalu, saya membohongi suami kononnya terpaksa bekerja sehingga lewat petang, padahal saya sengaja ingin memerangkapnya.

“Tanpa diketahuinya, saya pulang awal ke rumah dan sejurus tiba saya nampak ada lelaki lain yang tidak berbaju bersama suami di dalam bilik tidur kami. “Apabila saya masuk ke rumah secara mengejut, muka suami pucat dan menggelabah, namun masih cuba berselindung dengan memberi alasan lelaki itu rakannya yang datang ke rumah untuk berehat,” katanya.


Selepas kejadian itu, perasaan Liza semakin kuat mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena terutama apabila membaca SMS berunsur lucah di dalam telefon bimbit milik suami dan perbualan di laman sosial facebook suaminya juga ada banyak perkataan lucah.


“Saya juga menemui e-mel berunsur lucah selain gambar bogel lelaki dan perempuan. Lebih mengejutkan, semua gambar dan e-mel lucah yang diterima suami datangnya daripada lelaki.


“Saya sungguh sedih, lebih-lebih lagi bila terbaca perbualan kotor suami saya dengan pasangan gaynya,” katanya.


Bagi mengatasi masalah dihadapinya, Liza mendapatkan nasihat daripada jabatan kaunseling di tempat kerjanya dan dia dinasihatkan banyak berdoa serta melakukan solat hajat supaya suaminya diberi petunjuk oleh Allah. “Saya nampak ada perubahan pada sikap suami. Dia tidak lagi panas baran, tetapi saya tetap kecewa kerana perasaan suami terhadap pasangan songsangnya yang dia panggil ‘adik’ masih tidak berubah.


“Malah, suami saya mengaku dia melakukan hubungan sejenis dengan ramai lelaki dan memberi alasan pengalaman diliwat ketika zaman sekolah menengah menyebabkan dia jadi begitu,” katanya.


Berikutan itu, Liza meminta suaminya menjalani ujian mengesan virus HIV kerana bimbangkan risiko dijangkiti penyakit kelamin itu.


“Alhamdulillah, keputusannya negatif, tetapi saya tetap berasa tidak tenang kerana suami kini kembali kepada perangai lamanya selepas saya terbaca mesej lucah di telefon bimbitnya.


“Saya sayangkan keluarga, tidak mahu bercerai, tetapi saya keliru dengan keadaan ini,” katanya.

Friday, October 21, 2011

Nak Raya Haji doh Kita....

Majlis Raja-Raja tetapkan 27 Oktober lihat anak bulan tentu tarikh Aidiladha


KUALA LUMPUR: Petang 27 Oktober bersamaan 29 Zulkaedah ditetapkan bagi melihat anak bulan Zulhijah untuk menentukan Aidiladha.

Perkara itu dititahkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selepas diperkenankan Majlis Raja-Raja. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidiladha atau Hari Raya Qurban adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. Sebanyak 30 lokasi ditetapkan bagi melihat anak bulan iaitu di Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara di Melaka; Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan; Bukit Melawati dan Pulau Angsa, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting dan Balai Cerap Selangor serta Sabak Bernam di Selangor.


Lokasi lain ialah Pantai Pasir Panjang, Daerah Manjong di Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Setiu di Terengganu. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu di Kelantan; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak serta Balai Cerap Al-Biruni, Putatan di Sabah. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang; Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan; Menara Kuala Lumpur di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Wilayah Persekutuan Putrajaya; dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat di Perlis. - Bernama

Safee Glemer Berlakon di Indonesia

Safee tolak sambung berlakon
Oleh Nurul Huda Kosnon
nurulhuda@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Penyerang negara, Safee Sali, menerima tawaran sebagai pelakon undangan tetap daripada stesen televisyen Indonesia, Transit7 selepas membuat penampilan sulung sejam dalam sitkom Opera Vanjava, Rabu minggu lalu.

Bagaimanapun, kapten Pelita Jaya FC (PJFC) itu terpaksa melupakan hasrat cabang baru yang dianggap menarik itu berikutan ingin memberikan tumpuan kepada kelab dan skuad kebangsaan. “Saya terkejut apabila pengurusan stesen itu menawarkan saya berlakon lagi. Tapi, saya terpaksa tolak. Bagaimanapun, jemputan sebagai pelakon undangan memberi pengalaman berharga tidak mungkin saya lupakan,” katanya ketika dihubungi di Jakarta, semalam.


Walaupun menganggap jemputan itu sekadar `suka-suka’, namun lakonan Safee di sisi pelakon terkenal Indonesia antaranya Eddy Supono atau Parto, Entis Sutisna (Sule), Andre Taulany (Andre), Muhammad Azis (Azis) dan Tri Retno Prayudati (Nunung) dikatakan memukau kira-kira hampir 300 penonton di studio.

Siri komedi berkonsep pertunjukan wayang pentas versi moden itu disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen itu. Katanya, jemputan itu berpunca selepas dia sering ke studio stesen televisyen itu untuk menyaksikan rakaman Opera Vanjava. Safee berkata, dalam episod `Cinta Tragis Palsu Ciin’ itu, dia diberi peranan untuk membaca skrip dan mengenakan kostum dan terpaksa menggunakan dialek Indonesia yang dianggapnya tidak banyak berbeza dengan bahasa Melayu. “Tapi, agak gementar juga kerana pertama kali berlakon. Malah, kekok untuk menyesuaikan diri dengan pelakon terkenal Indonesia. Tapi, alhamdulillah, saya sudah cuba memberikan yang terbaik dan tidak sangka mendapat tepukan gemuruh penonton di studio,” katanya.

Safee adalah pemain kebangsaan yang ‘tersesat seketika’ di bidang lakonan selepas pemain lagenda, Mokhtar Dahari yang membuat kemunculan dalam filem Mekanik arahan Othman Hafsham, pada 1983.

Thursday, October 20, 2011

Hati2 dengan Penculik Kanak-Kanak...!!!

Van putih muncul lagi
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my



AMPANG: Tragedi kes culik dan pembunuhan kejam Nurin pada 20 Ogos 2007 hampir berulang apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun hampir diculik dua lelaki menaiki van putih persis kenderaan yang didakwa melarikan Nurin.

Menggunakan taktik hampir sama seperti kes penculikan sebelum ini, kanak-kanak lelaki terbabit diculik dan dibawa lari beberapa meter sebaik berjalan keluar dari sekolahnya berhampiran Kampung Melayu Ampang, Jumaat lalu.


Bagaimanapun, mangsa terselamat apabila sempat melarikan diri sebaik pintu van berkenaan terbuka akibat tindakannya yang meronta-ronta ketika ditahan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa baru tamat waktu persekolahan dan mahu pulang ke rumahnya yang terletak berhampiran.


“Ketika sedang berjalan tiba-tiba seorang lelaki tempatan memakai kemeja-T terus keluar dari van putih diletakkan di tepi jalan lalu menghampiri kanak-kanak berkenaan yang baru keluar dari pintu utama sekolah.


“Lelaki itu dikatakan memeluk lalu menangkap mangsa dari belakang. Akibat terkejut dengan tindakan itu, mangsa meronta dan cuba melepaskan diri,” katanya ketika dihubungi semalam.


Namun, mangsa dibawa masuk menaiki van dipandu seorang lagi lelaki tempatan dipercayai untuk dibawa lari.


“Dalam perjalanan itu, mangsa terus meronta-ronta melepaskan diri. Disebabkan keadaan van yang bergegar, pintu van itu terbuka.

“Mangsa segera melompat keluar dari van itu dan melarikan diri. Kedua-dua suspek yang panik dengan tindakan mangsa kemudian memecut van berkenaan,” katanya.


Berikutan itu, mangsa pulang ke rumahnya dan menceritakan kejadian itu kepada ibu bapanya sebelum dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk membuat laporan.


Amiruddin berkata, polis kini sedang giat memburu suspek dan menasihati orang awam supaya peka keadaan sekeliling dan memaklumkan polis sekiranya melihat keadaan mencurigakan menggunakan van putih.


Dalam kejadian sebelum ini, Nurin Jazlin Jazimin, 8, diculik selepas mengunjungi pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju pada 20 Ogos, 2007. Mayat mangsa ditemui disumbat dalam beg berhampiran PJS1, Petaling Jaya. Dua bulan selepas itu, seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun nyaris diculik berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju tidak jauh dari tempat Nurin dilaporkan hilang. Dalam kejadian itu, mangsa yang cuba ditarik masuk ke dalam van sempat melawan sebelum dilepaskan penjenayah yang terkejut dengan jeritan ibu mangsa. Kejadian sama berulang apabila seorang lagi kanak-kanak perempuan, Sharlinie Mohd Nashar, 5, turut dilaporkan hilang pada awal Januari 2008 selepas didakwa turut dilihat bersama seorang suspek dalam sebuah van di Cheras. Mangsa gagal ditemui sehingga kini.

‘Kad kredit’ RM15


‘Kad kredit’ RM15
Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Berselindung di sebalik syarikat percetakan, satu sindiket mencetak kad kredit palsu dikesan aktif menjalankan kegiatan itu dengan menjadikan sebuah rumah kedai ‘kilang’ pemprosesan di Bandar Puteri, Pelabuhan Klang sejak lima bulan lalu.

Difahamkan, sindiket terbabit menjadi pembekal kepada beberapa sindiket penipuan kad kredit dengan mencetak kad kosong mengandungi cip mengikut permintaan pelanggan mereka yang dijual pada harga RM15 sekeping.

Timbalan Pengarah Operasi dan Risikan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Tajudin Md Isa berkata, dalam serbuan sepasukan anggota Bahagian Operasi dan Bantuan Teknik jam 6.30 petang kelmarin, dua lelaki tempatan termasuk pemilik syarikat terbabit berusia 21 dan 44 tahun ditahan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan mampu mencetak 50,000 keping kad kredit palsu dalam tempoh sebulan sebelum dihantar kepada pelanggan tetap.


“Mereka akan meminta pelanggan membuat bayaran deposit ketika menempah kad termasuk memberikan contoh rekaan kad yang dikehendaki sebelum bayaran penuh dibuat sebaik kad siap dihantar.

Wednesday, October 19, 2011

Hasrat jaga bayi ditolak

Hasrat jaga bayi ditolak

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my

BETONG: Tindakan seorang pelajar perempuan tingkatan empat membunuh dengan mengelar bayi yang baru dilahirkan sehingga terburai perut di dalam asrama sebuah sekolah menengah di sini, kelmarin dikatakan akibat hilang pertimbangan selepas hasratnya untuk menjaga bayi itu dan berkahwin dengan teman lelakinya ditentang keras keluarga masing-masing.

Difahamkan, kekasih mangsa berusia 27 tahun dikatakan bersetuju mengahwini pelajar berusia 16 tahun itu selepas menyedari gadis itu mengandung hasil keterlanjuran mereka, namun mendapat tentangan daripada keluarga masing-masing dipercayai kerana faktor bawah umur.


Berikutan itu, pelajar terbabit dikatakan ‘naik hantu’ lalu membunuh bayi perempuan baru dilahirkan dengan mengelar sebanyak tujuh kali badan bayi malang itu menggunakan pisau pemotong sayur dalam bilik asrama sekolahnya.

Menurut sumber, maklumat awal daripada keluarga pasangan terbabit menjelaskan, mereka menyatakan hasrat untuk berkahwin beberapa hari sebelum kejadian.


“Mungkin disebabkan tekanan perasaan dihadapi selepas hasrat mangsa untuk berkahwin dengan lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan dia mengandung ditolak keluarga kedua-dua belah pihak, pelajar terbabit mengambil jalan pintas dengan membunuh bayi tidak berdosa itu bagi melepaskan kemarahan,” katanya.


Harian Metro semalam melaporkan, seorang pelajar bertindak mengelar bayi selepas melahirkannya dalam bilik asrama kira-kira jam 7.40 pagi kelmarin.


Kejadian menggemparkan itu berlaku apabila bayi dilahirkan cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.


Sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.


Sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran ditemui di belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.


Susulan kejadian itu, guru lelaki yang menjumpai mayat bayi terbabit membuat laporan sebelum sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong bergegas ke lokasi kejadian.


Sementara itu, polis mendapat kebenaran Mahkamah Majistret Sri Aman, di sini, bagi menahan reman pelajar terbabit yang masih dirawat di Hospital Betong selama tujuh hari bermula hari ini.


Perintah reman dikeluarkan Majistret Nazari Bujang bagi membolehkan polis menjalankan siasatan termasuk mengumpul maklumat mengenai kejadian itu.


Difahamkan, pada masa sama, polis turut berusaha menjejak seorang lelaki yang juga kekasih kepada pelajar berkenaan bagi membantu siasatan.


“Dua kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan ke atas pelajar terbabit kerana didakwa membunuh, manakala teman lelakinya, Seksyen 376, kanun sama kerana merogol,” katanya yang mengakui tidak ada sebarang tangkapan dilakukan sehingga kini.

Kekuasaan Allah s.w.t

Laut bergelora berubah tenang
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
TERTIB...kakitangan Jabatan Mufti Perak melupuskan abu pembakaran Al-Quran. Gambar kecil, Pengurus Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan menunjukkan bongkah abu untuk dilupuskan.

LUMUT: Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.

Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di kawasan laut dalam.


Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan.

Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.


Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM.


Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu.



Harusssani yang memberi taklimat ringkas berhubung tugas itu kemudian menjatuhkan bongkah abu berkenaan satu persatu ke laut.


Tugas menjatuhkan bongkah abu Al-Quran itu kemudian dilakukan beramai-ramai dalam masa 10 minit.

Harussani yang juga Pengerusi Lembaga Teks dan Pelesenan al-Quran, berkata ulama sebelum ini bersependapat membuang abu al-Quran ke dalam laut adalah kaedah terbaik walaupun cara menanam di dalam tanah juga dibenarkan.


“Bagaimanapun kaedah menanam abu al-Quran di dalam tanah dibimbangi boleh tercemar jika ada aktiviti dilakukan di atas tanah berkenaan. Oleh itu, kaedah membuang abu al-Quran ke laut paling selamat dan akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.


Sementara itu, Pengerusi Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, yang turut mengikuti proses membuang abu al-Quran itu memberitahu berkata, proses pembakaran dan mengumpul abu dimulakan sejak tiga bulan lalu

Sekolah Khas Melatih Penipu

10 sekolah latih penipu

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my
BELAJAR JADI PENIPU...sekolah melatih warga Nigeria jadi penjenayah.

KUALA LUMPUR: Lelaki warga Nigeria yang memperdaya mangsa terutama golongan wanita di Malaysia dikesan menjalani latihan kemahiran menipu di beberapa sekolah khas yang diwujudkan di beberapa kawasan terpencil di negara mereka sebelum dihantar ke negara sasaran.

Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipu diwujudkan di negara itu sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan.


Kewujudan sekolah menipu itu didedahkan Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berdasarkan siasatan pihaknya selepas mendapati ramai warga negara ini diperdaya warga Nigeria sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, sekolah itu hanya menetapkan satu syarat iaitu pelatih hanya perlu tahu berkomunikasi dengan menggunakan komputer dan Internet.


“Pusat itu tidak berkonsepkan sekolah harian atau institusi pendidikan secara terbuka, sebaliknya beroperasi secara sembunyi bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa negara itu.


“Semua bentuk latihan dibahagi mengikut jenis penipuan termasuk penipuan popular yang dikatakan mampu mengaut keuntungan tinggi seperti penipuan Internet, Black Money dan penyamaran pegawai polis,” katanya kepada Harian Metro.



Victor berkata, ada sebahagian ‘pelatih’ sekolah menipu itu berjaya menguasai kemahiran disediakan akan dihantar ke negara yang dijadikan sasaran untuk mempraktikkan kemahiran yang diajar.


“Mereka inilah yang akan menjadikan wanita tempatan di negara kita sebagai kekasih sebelum diperangkap sebagai mangsa penipuan sama ada dalam aktiviti jenayah siber atau pengedaran dadah,” katanya.

Menurutnya, sekolah menipu itu juga dipercayai menyediakan latihan praktikal kepada pelajarnya mengenai kaedah penipuan Black Money.


“Kaedahnya mudah iaitu bahan kimia khas digunakan untuk mengembalikan keadaan asal wang kertas yang disaluti warna hitam dan Black Money diperkenalkan negara Barat bertujuan menghantar wang ke negara mundur tanpa disedari musuh.


“Malangnya, kaedah yang sama dimanipulasikan sindiket berkenaan untuk menjual bahan kimia khas berkenaan kepada mangsa pada harga yang tinggi,” katanya.


Beliau berkata, kewujudan sekolah menipu itu terbukti memberi impak besar dalam penularan kegiatan jenayah lelaki Nigeria apabila siasatan polis di beberapa negara mendapati suspek yang ditahan mengesahkan mereka adalah ‘lulusan’ sekolah itu.


Pada 29 September lalu, muka depan Harian Metro mendedahkan penemuan koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa. Siasatan polis mendapati, sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan.

Tuesday, October 11, 2011

Bapa Tiri Bangsat....!!!

10 hari derita didera bapa tiri
Oleh Yusmawati Mhd Yusof dan Ariffin Salleh
am@hmetro.com.my

Gambar Hiasan

ALOR GAJAH: Keji dan tidak berperikemanusiaan! Itulah perkataan layak dihamburkan kepada seorang bapa tiri yang dipercayai mendera anak tirinya menggunakan besi panas dan seterika sepanjang 10 hari ibu kanak-kanak itu dirawat di hospital selepas melahirkan anak.

Selain kedua-dua tapak kaki kanak-kanak itu berlubang, dipercayai terkena besi panas atau seterika, ada juga kesan lebam kehitaman pada seluruh tubuh mangsa.

Mohd Firdaus Mat Dan, 6, dikatakan sudah nyawa-nyawa ikan ketika dibawa suspek ke Hospital Alor Gajah (HAG), di sini, jam 4.30 petang semalam dan riak wajahnya ketika itu seolah-olah menahan kesakitan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Bapa tiri berusia 37 tahun itu menghantar kanak-kanak terbabit ke hospital selepas membawa isterinya berusia 41 tahun pulang ke rumah mereka di Kampung Padang Sebang, dekat sini, sebaik wanita itu dibenarkan keluar dari hospital.


Menurut sumber, mangsa yang bertubuh kurus diberikan bantuan kecemasan hampir satu jam oleh pegawai perubatan sebaik dibawa ke HAG, tetapi kanak-kanak itu gagal diselamatkan.

Tuesday, September 27, 2011

Kalau Betul..Mmg Gila la polis nih....

Dibelasah kerana tegur polis


JITRA: Hanya kerana menegur perbuatan seorang anggota polis membuang sampah di luar tong sampah, seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal menanggung padah apabila mendakwa dibelasah anggota itu dan lima rakannya serta diugut ditembak di Taman Bahagia, Kodiang, dekat sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, Mohd Ridzuan Mohd Noor, 23, dari Jalan Sanglang, dekat Kodiang, turut digari sebelum dimasukkan ke lokap di Balai Polis Kodiang.


Mohd Ridzuan berkata, dia menjalankan tugas harian mengangkut sampah di situ sebelum seorang lelaki berusia 40-an membuang sampah di luar tong sampah.

Katanya, dia yang kecewa dengan sikap lelaki itu menegur perbuatannya.perniatamnya supaya membuang sampah itu ke dalam tong disediakan.


“Dia berang dan mempersoalkan tindakan saya, malah bertambah berang apabila melihat saya tidak tahu dia adalah polis. “Dia yang berpakaian preman turut mengugut menembak saya jika membawa pistolnya bersama,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Sanglang, Kodiang, semalam.


Katanya, selepas bertengkar, anggota terbabit meninggalkan kawasan itu sambil memberi amaran kepadanya supaya berhati-hati dan sekali lagi mengugut menembaknya.

Menurutnya, setengah jam kemudian lelaki itu datang semula bersama lima rakannya dipercayai polis berpakaian preman berusia 30-an.


“Tanpa usul periksa, mereka menendang saya sehingga terjatuh. Selepas itu, muka, tangan dan perut saya disepak sebelum digari dan dibawa ke Balai Polis Kodiang dengan motosikal,” katanya.

Menurutnya, kejadian disaksikan orang ramai tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana menyangka polis menangkap penjenayah.


Menurutnya, sebaik tiba di balai polis berkenaan, dia dibawa ke dalam sebuah bilik sebelum dipukul dengan rotan, selain ditendang sehingga tidak bermaya.


"Lelaki yang bertengkar dengan saya itu turut menendang bahagian muka saya dan dia sekali lagi mengugut akan menembak saya," katanya.


Mohd Ridzuan kemudian dimasukkan ke dalam lokap sebelum dibebaskan setengah jam kemudian.


tanpa sebarang alasan.


Katanya, dia mendapatkan rawatan di Hospital Jitra dan doktor memaklumkan terdapat kesan lebam pada pipi kiri, rusuk kiri dan bahu. Mohd Ridzuan mendakwa pergelangan tangannya turut luka dan masih sakit akibat digari.


Mohd Ridzuan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, di sini, pada jam 1.40 pagi Ahad lalu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohamed Yusoff mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Kes Jenayah Settel Sekelip Mata???

Balai Polis Tun HS Lee terbakar


KUALA LUMPUR: Ratusan dokumen termasuk fail kes siasatan jenayah dikhuatiri musnah dijilat api dalam kebakaran membabitkan beberapa bilik pejabat di Balai Polis Tun HS Lee di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12 tegah hari itu, api dikesan bermula dari bilik pembantu pegawai penyiasat (AIO) di tingkat satu bangunan 10 tingkat berkenaan dan kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke dua lagi bilik bersebelahannya.


Turut musnah, beberapa unit komputer, mesin faksimili, selain perabot serta almari yang menempatkan fail kes siasatan jenayah lama untuk direkod dan disimpan.

Penguasa Bomba Bahagian Operasi Ibu Pejabat Bomba Kuala Lumpur, Victor John Doon berkata, sejurus mendapat maklumat mengenai kebakaran berkenaan, lima jentera bomba dari Balai Bomba Hang Tuah, Pudu dan Pantai dengan kekuatan 25 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.


“Pasukan pertama tiba lima minit selepas laporan kebakaran diterima, ketika itu api sedang marak di sebuah bilik pejabat saja dan kami berjaya mengawalnya daripada merebak ke dua bilik bersebelahan. “Dalam 15 minit kebakaran dapat dikawal, namun pihak kami mengambil masa hampir sejam bagi memadam keseluruhan api termasuk memastikan sistem elektrik di dalam pejabat itu dimatikan sepenuhnya,” katanya.


Menurutnya, punca sebenar kejadian dan kerugian masih dalam siasatan, namun tidak menolak kemungkinan ia disebabkan litar pintas berikutan bangunan berkenaan berusia lebih 20 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman yang turut meninjau lokasi kejadian berkata, tiada anggota atau pegawai dalam bilik pejabat berkenaan ketika kejadian.


“Sebaik kebakaran disedari, beberapa anggota dan pegawai cuba memadamkan api untuk menyelamatkan dokumen penting, namun api marak cepat dan asap tebal menyebabkan usaha mereka gagal,” katanya. “Kami belum mengenal pasti jumlah kerugian sebenar dan akan memeriksa dokumen penting yang dikhuatiri turut musnah,” katanya.

Friday, September 23, 2011

Pemain Brazil sarung jersi Perak








SEORANG pemain Brazil bakal menyarung jersi pasukan Perak bagi mengharungi kempen Liga Super musim depan.

Pengurus Pasukan Perak, Khairul Azwan Harun berkata, pemain dari negara Amerika Selatan itu dan dengan seorang lagi dari Indonesia sudah diintai dan usaha memikat sedang dijalankan

Beliau berkata, keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan pemain import bermain musim depan akan menjadikan saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia lebih mencabar dan Perak terpaksa membuat persediaan awal.

Selain itu, tiga pemain berpengalaman iaitu dua bekas pemain kebangsaan, Safiq Rahim dan Abdul Hadi Yahya serta tulang belakang pasukan Harimau Muda A, Mohd. Fadhli Mohd. Shas juga sedang dalam proses untuk menyertai pasukan itu.

"Kita tidak boleh berlengah dan akan memulakan proses mengambil tiga pemain ini," katanya di Ipoh semalam.

Perak juga telah mengenal pasti dua pemain lain dan akan menghubungi majikan mereka bagi membuat tawaran.

Khairul Azwan berkata, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) perlu bertindak cepat kerana ada di kalangan pemain ini akan tamat kontrak dengan pasukan masing-masing pada hujung tahun ini dan dikhuatiri terlepas ke tangan pasukan lain.

Beliau menegaskan PAFA telah memutuskan untuk mengekalkan ketua jurulatih, Norizan Bakar bagi menerajui pasukan itu untuk musim depan selepas berpuas hati dengan pencapaian Perak yang menduduki tangga keenam Liga Super kali ini.

- Bernama

Sumber berita KosmoOnline & Gambar www.google.coM

Thursday, September 22, 2011

Permit kerja halang Cardiff City ikat Safee

Permit kerja halang Cardiff City ikat Safee

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Masalah permit kerja menjadi penghalang Safee Sali untuk menyarung jersi Cardiff City selepas jurulatih kelab Malky Mackay mengakui terpikat dengan kemampuan pemain kebangsaan itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab.Rahim semalam yang mendedahkan betapa Mackay amat kagum dengan kebolehan Safee.

"Menerusi berita yang disiarkan di akhbar-akhbar Wales Selasa lalu, Mackay dilaporkan amat puas hati dengan persembahan Safee, selain berminat terhadap pemain tersebut.

"Bagaimanapun Mackay menjelaskan dia tidak mahu menyusahkan dirinya untuk mengikat Safee kerana perlu melepasi halangan di luar padang termasuk urusan permit bekerja di negara itu," katanya.

Tambah Zakaria, Safee memberitahu sekiranya ranking pasukan bola sepak negara berada pada kedudukan yang baik, sudah tentu peluang untuknya bermain dengan kelab Eropah lebih terbuka luas.

Walaupun menerima perkhabaran tersebut, Zakaria berkata, Safee akan memanfaatkan latihan bersama Cardiff City untuk memantapkan persediaan menghadapi Australia pada 7 Oktober depan bersama skuad kebangsaan.

Katanya, Safee juga sedang dalam persiapan untuk kelab Pelita Jaya yang bakal memulakan perlawanan liga bulan depan.

"Isnin lepas latihan keras dijalani oleh semua pemain dalam skuad utama Cardiff City dan Safee turut terlibat sama.

"Walaupun latihan keras dan memenatkan, namun Safee menunjukkan rasa gembira kerana ia boleh digunakan juga untuk mengekalkan kecergasan ketika pulang nanti," jelas Zakaria.

Wednesday, September 21, 2011

Elak ganggu orang beribadat, tidur


Elak ganggu orang beribadat, tidur

Oleh Fuad Hadinata Yaacob
hadinata@hmetro.com.my


LARANGAN membaca al-Quran dengan pembesar suara dari masjid dan surau yang diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 7 April lalu sebelum surat pekelilingnya diedarkan baru-baru ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak.

Isu berkenaan tercetus selepas akhbar ini pada 12 Ogos lalu melaporkan mengenai surat pekeliling dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang ditandatangani Pengarahnya, Sazali Hussein.


Sebelum itu, Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang memutuskan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara daripada 205 masjid dan surau sebelum Subuh dilarang mengikut syarak kerana perbuatan itu boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam masjid atau di luarnya.


Keputusan itu diputuskan menerusi mesyuaratnya pada 7 April lalu dan sehubungan itu JHEAIPP mengeluarkan satu pekeliling bertajuk ‘Hukum Membaca al-Quran Sebelum Subuh Dengan Menggunakan Pembesar Suara’ bertarikh 3 Ogos lalu kepada seluruh jawatankuasa kariah masjid di negeri itu dan meminta mereka melaksanakannya.


Turut dilampirkan ialah minit mesyuarat keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang yang bertajuk ‘Aduan Mengenai Membaca al-Quran Sebelum Waktu Subuh Dengan Menggunakan Pembesar Suara’.


Lampiran itu menyatakan: “Mesyuarat memutuskan bahawa bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara dari masjid dan surau adalah dilarang menurut hukum syarak kerana boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam dan luar masjid demi maslahah ammah (kepentingan umum). Perbuatan itu mestilah dihentikan kerana ada nas yang melarangnya.” Minit mesyuarat itu turut memetik dalil daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abi Sa’id al-Khudri menerusi kitab Sunan Abi Daud yang bermaksud: “Ketika Nabi SAW beriktikaf (beribadah dalam masjid), Baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran), sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadat Baginda.



“Lalu Baginda mengangkat langsir dan bersabda: Ketahuilah setiap kamu bermunajat kepada Tuhan jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain dan jangan kamu mengangkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat.” Surat itu turut memetik kenyataan laman web islamweb.net yang menjelaskan memperdengarkan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara masjid sebelum dan selepas azan Subuh hukumnya adalah tidak harus kerana jika amalan itu bermaksud sebahagian daripada ibadat atau bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT, ia adalah bidaah baru dalam agama.


Sebaliknya, jika bukan membawa maksud itu, hukumnya juga tidak harus kerana ia sebahagian daripada maksud gangguan terhadap orang sedang bersolat dan bertahajud, bahkan kadangkala mengganggu orang tidur di rumah mereka.


Persatuan Kariah-Kariah Masjid Pulau Pinang dan Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) meminta umat Islam di negeri itu akur dengan arahan dikeluarkan bagi mengelak berlakunya perbalahan.


Yang Dipertua Persatuan Kariah-Kariah Masjid Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Yusoff Latiff berkata, surat pekeliling JHEAIPP itu memberi penjelasan berhubung larangan itu termasuk dalil serta nas yang digunakan dan meminta semua pihak akur kerana fatwa itu dikeluarkan Jabatan Mufti berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri.


Sementara itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) terkejut dan kecewa dengan pengeluaran surat pekeliling berkenaan. Presidennya, Mohamed Maliki Mohamed Rafiee berkata pihaknya terkejut apabila mengetahui larangan itu dan kecewa dengan tindakan yang dianggap mendadak. “Pihak berkaitan mesti meminta pandangan orang ramai sebelum mengeluarkan arahan sedemikian,” katanya.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipetik sebagai berkata, pihaknya meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membincangkan masalah itu kerana terdapat perkara yang perlu diselesaikan pada peringkat pentadbiran terlebih dulu.


“Kita minta Jakim memanjangkan perkara ini untuk dibincangkan bersama sebab ada perkara yang perlu kita selesaikan pada pentadbiran yang bukan memerlukan kepada muzakarah ataupun fatwa,” katanya.


Majlis Fatwa Kebangsaan pula meminta Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang menimbangkan sehalus-halusnya larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh di masjid dan surau di negeri itu kerana ditakuti mendatangkan kesan kepada penyatuan umat Islam di negara ini.


Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abd Shukor Husin, berkata larangan itu sebenarnya tidak perlu diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri sebaliknya ditentukan mengikut budi bicara dan disesuaikan dengan keadaan sesuatu tempat.


Beliau berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri seharusnya mengadakan perbincangan dulu bersama mufti di negeri lain melalui Majlis Agama Islam kerana larangan itu dibimbangi menjadi asas hukum kepada larangan sama di negeri lain.


Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad, berkata pihaknya bertanggungjawab menyelesaikan kemusykilan dan permasalahan berkaitan hukum Islam di negeri itu dan nasihat hukum dibuat atas rasa tanggungjawab berdasarkan dalil yang sahih.


“Arahan meminta dielakkan bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar serta dalam masjid memang wajar dan ia bukannya isu politik tetapi untuk menjaga martabat Islam sebagai agama harmoni.


“Saya kesal dengan tuduhan pelbagai pihak yang menyatakan kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat fatwa melulu dan di bawah arahan pihak tertentu berkaitan isu berkenaan,” katanya.


Hassan berkata, keputusan mesyuarat itu tidak diwartakan dan ia adalah satu keputusan hukum sebagai panduan serta menjelaskan pandangan Islam berhubung amalan berkenaan untuk dipatuhi oleh umat Islam.


Katanya, banyak pihak menyalah tafsir nasihat hukum itu sebagai fatwa dan oleh kerana ia tidak diwartakan, maka pihaknya tidak perlu memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong selaras Seksyen 48 Enakmen Agama Islam (Negeri Pulau Pinang).


Penceramah bebas, Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz pula berkata al-Quran boleh dibaca sama ada perlahan atau nyaring tetapi mengikut keadaan dan tempat. “Membaca al-Quran seperti juga sembahyang. Apa yang penting, ia tidak mengganggu orang sembahyang atau tidur dan ada hukum mengenainya.


“Jika tidak kena cara atau tempat, ia boleh merosakkan ayat al-Quran itu sendiri,” katanya.


Menurutnya, membaca al-Quran menggunakan pembesar suara selama ini adalah tradisi masyarakat namun apa guna jika kaedah itu dipertikaikan.


“Jika kita kuatkan pembesar suara itu, apa yang kita dapat? Kajian seharusnya dibuat sama ada apabila pembesar suara digunakan ketika membaca al-Quran, ada atau tidak perubahan berlaku seperti umat Islam datang ke masjid atau ada bukan Islam memeluk Islam.


“Pada saya yang penting isi kandungan al-Quran itu kita sebarkan, jalankan perintah yang ada dalam kalam Allah ini,” katanya.


Dalam menyelesaikan isu berbangkit ini, semua pihak berkaitan perlu duduk semeja untuk berbincang sekali gus mencari jalan penyelesaian ke atas masalah yang dihadapi. Walau apapun pendapat atau pandangan, agama Islam seharusnya menjadi panduan.


Penulis Ketua Biro Harian Metro Pulau Pinang

Sumber : MetroOnline + Gambar Mr.Google.com

Mat Sabu didakwa hari ini

Mat Sabu didakwa hari ini

Gambar kredit tu web Din HuluSelangor

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menahan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu setibanya di negeri itu jam 7.30 malam sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub berkata, Mat Sabu ditahan dan dibawa ke IPK negeri sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL).


Beliau berkata, Mat Sabu dibawa ke IPK untuk diambil keterangan berikutan kenyataannya yang mengiktiraf pengganas komunis terutama Ahmad Indera atau Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar dan pejuang kemerdekaan negara, 21 Ogos lalu.


Bagaimanapun katanya, Mat Sabu dibebaskan jam 9.05 malam selepas keterangannya diambil dan akan didakwa di Mahkamah Seksyen Butterworth, hari ini.


“Polis akan mendakwa Mat Sabu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya pada sidang media malam tadi.


Terdahulu, polis menerima 1,011 laporan polis yang dibuat bekas polis, waris keluarga dan orang ramai terhadap Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, dekat sini 21 Ogos lalu yang menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke- 4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan serta keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

info MetroOnline

Monday, September 19, 2011

PM Kita & Geng2 Menteri Sudah kemaruk Pancing Undi?

# Jangan jadi tolol gak..walaupun nk pancing undi CINA pun...Jange sampai org yg "bengong" yg terang-terangan hina lagu NegaraKU pun koorg lagi mau wat baik...bukan takat tak ambik tindakan...tp siap nk wat baik..nk bantu apo semua....WTF kalu mcm ni??? mmg nk undi dr cina sahaja ke? (Jom org2 melayu tunjukkn undi KITA pun penting gak.....!!!)

Pelik orang hina Negaraku dapat perhatian



KUALA LUMPUR: “Saya pelik kenapa orang sebegitu mendapat perhatian sedangkan dia pernah menghina lagu negara kita,” kata Presiden Persatuan Pekerja-Pekerja Filem Malaysia (Profima), Khir Mohd Noor berhubung penayangan filem Nasi Lemak 2.0 arahan Namewee.

Khir berkata, sebelum ini, Namewee mendapat perhatian sehingga boleh berjumpa dengan menteri berhubung masalah kesukarannya mendapatkan dana filem.


“Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan industri seni tanah air pun sukar untuk mengadakan pertemuan dengan kerajaan, dia senang saja sedangkan apa yang dilakukannya sebelum ini bukan mudah dilupakan,” katanya yang dihubungi semalam.

Beliau berkata, filem atau Namewee sendiri tidak perlu dilayan kerana ia boleh menggalakkan orang lain berfikiran perlu melakukan kontroversi yang boleh melukai hati rakyat terlebih dulu bagi mendapatkan perhatian.


“Jangan sampai jadi perkara sebegitu. Bagi saya, dia memang suka membuat kontroversi demi kepentingan sendiri.


“Dia bukan orang industri seni tanah air sebaliknya bergerak sebagai individu yang pernah terkenal kerana menghina lagu kebangsaan, kini ada pula pihak yang memberi sokongan terhadapnya,” katanya.

Pertubuhan Gagasan Rakyat Didahulukan Negeri Perak sebelum ini membantah penayangan filem itu kerana pengarahnya, Namewee pernah menghina lagu kebangsaan dan masyarakat Malaysia.


Susulan bantahan itu, akhbar melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihak yang tidak berpuas hati boleh membuat bantahan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Hishammuddin dilaporkan berkata, bantahan boleh dibuat kepada pihaknya memandangkan kementerian itu turut bertanggungjawab dalam penapisan filem melalui Bahagian Kawalan Filem KDN.


Sementara itu, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd Naguib Razak berkata, filem Nasi Lemak 2.0 melalui proses biasa dan tidak diberi sebarang keistimewaan berbanding filem lain.


“Filem itu melalui Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan melalui amalan biasa sesebuah filem sebelum ditayangkan di pawagam.


“Filem dengan kontroversi yang pernah dicetuskan dulu ialah dua perkara berbeza. Menjadi hak dia untuk membuat filem dan ia akan melalui proses biasa sebelum ditayangkan,” katanya.

Komen : Makin "bangang" lak keputusan menteri2 now....pelik2 & tak leh dijangka....!!! Lama2 MELAYU hilang gak di Dunia ni......!!!Mau jupe menteri? Mau bantuan dari KERAJAAN? sila la hina Lagu NegaraKU....sila La Fuck kan TNB or apa2 yg difikirkan boleh......!!!
Kesabaran org melayu ada hadnya......!!!

Friday, September 16, 2011

Kod nafsu songsang - Gay

Kod nafsu songsang
Oleh Azlan Hafeedz
am@hmetro.com.my


BACHOK: Perkataan seperti lolipop dan mikrofon antara kod berahi digunakan golongan gay di negeri ini untuk mempelawa pasangan masing-masing bermesra, sekali gus melampiaskan nafsu songsang.

Perkara itu didedahkan Kaunselor Pertubuhan Masyarakat Prihatin (Prihatin), Zaimah Hussin, berdasarkan pengakuan beberapa golongan gay di negeri itu yang menemuinya bagi mendapatkan kaunseling selepas insaf akibat terjebak dengan kegiatan songsang itu.


Menurutnya, selain menggunakan kod berkenaan, golongan gay di negeri itu turut mempunyai kumpulan tersendiri dinamakan ‘Kelab Malam Mesra’ bagi tujuan berkumpul pada setiap malam Jumaat.

“Ramai golongan gay menemui saya, termasuk gay yang menghidap HIV gara-gara terjebak hubungan songsang. Mereka mahu mendapatkan kaunseling dan banyak rahsia golongan gay di negeri ini dibongkarkan.


“Antaranya, mereka ada kod sendiri seperti menggunakan perkataan lolipop dan mikrofon sebagai mukadimah mempelawa melampiaskan nafsu. Turut diceritakan, mereka ada kelab sendiri dinamakan Kelab Malam Mesra dan berkumpul pada setiap malam Jumaat untuk melakukan pelbagai aktiviti, termasuk bermesra,” katanya.


Zaimah berkata, majoriti ahli Kelab Malam Mesra adalah mereka yang berkelulusan tinggi dan berjaya dalam karier masing-masing.

“Paling mengejutkan, kebanyakan mereka yang terbabit dalam aktiviti itu sudah berumah tangga, namun terpaksa abaikan batin isteri masing-masing kerana lebih terdorong untuk melakukan seks dengan kaum sejenis.


“Saya turut difahamkan, kelab terbabit turut memiliki laman sosial facebook sendiri bagi memudahkan mereka mencari ahli baru,” katanya.

Menurut Zaimah, tidak dinafikan pasangan yang suka melakukan seks luar tabii itu adalah golongan berisiko lebih tinggi untuk dijangkiti HIV berbanding mereka yang berkongsi jarum atau suka bertukar pasangan.


Seorang bekas gay yang dijangkiti HIV mengakui kewujudan kod dan kelab berkenaan selepas terjebak menjadi gay di negeri ini sejak lebih setahun lalu.


Menurut lelaki berusia 27 tahun yang mahu dikenali sebagai Jack, dia dan pasangannya menggunakan beberapa perkataan sebagai kod untuk memulakan hubungan songsang.


“Perkataan lolipop dan mikrofon itu biasa digunakan. Ada juga yang menggunakan perkataan gula-gula Hacks dan Mints,” katanya.


Jack berkata, dia mempunyai isteri, tetapi bercerai selepas rahsianya terbongkar.


“Paras rupa isteri saya memang cantik dan ayu, namun nafsu saya lebih terdorong kepada kaum sejenis menyebabkan saya hanya melayan isteri dua bulan sekali saja,” katanya.


Menurut Jack yang juga bekas arkitek di sebuah firma swasta, sebelum bercerai dia dan isteri hidup penuh bahagia.


Katanya, segala-galanya berubah selepas dia berkenalan dengan seorang lelaki kacak tiga tahun lebih muda melalui facebook.

Wednesday, September 14, 2011

2 pelajar antara ditahan kes rompak restoran mamak

2 pelajar antara ditahan kes rompak restoran mamak



SHAH ALAM: Dua pengawal keselamatan adalah antara lapan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes rompakan restoran India Muslim di dua lokasi berasingan di bandar raya ini pada 28 Ogos dan 8 September lalu.

Berikutan penangkapan suspek berusia antara 17 dan 27 tahun itu, polis yakin dapat menumpaskan kumpulan samun bersenjata yang dipercayai baru berjinak-jinak dalam kegiatan mereka.


Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata semua suspek ditahan dalam lima operasi berasingan di sekitar Shah Alam, Gombak dan Rawang pada 8 September lalu hingga kelmarin.

“Selain itu, terdapat dua suspek masih menuntut di tingkatan lima. Perkara ini tidak dapat diterima terutama apabila remaja bawah umur dan mereka yang bekerja sebagai pengawal keselamatan melakukan jenayah.


“Saya berasa agak kecewa kerana tiga suspek kes rompakan ini ialah remaja di bawah umur. Gerakan memburu suspek lain masih dijalankan.


“Bagaimanapun, parang yang digunakan dalam kejadian jenayah berkenaan masih belum ditemui dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan. Semua suspek ditahan reman tujuh hari sehingga 15 September ini,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Menurut Tun Hisan, siasatan menunjukkan salah sebuah motosikal yang digunakan dalam rompakan itu didapati kenderaan curi.


“Kita juga dapat menemui semula komputer riba yang dirampas dari pelanggan restoran seperti yang tersebar dalam Internet. Ketika ini polis masih memburu lima lagi anggota kumpulan penjenayah itu yang masih bebas dan salah seorangnya dikenali sebagai S Veeramuthu berusia 19 tahun dari Kapar, Klang,” katanya sambil menunjukkan fotofit suspek.

Dua rompakan sebelum ini berlaku di dua restoran India Muslim berasingan di bandar raya ini pada 28 Ogos di Seksyen 15 dan 8 September lalu di Seksyen 24.


Harian Metro sebelum ini melaporkan beberapa pelanggan sebuah restoran mamak di Seksyen 15, yang sedang menjamu selera lari menyelamatkan diri apabila premis itu dimasuki perompak bersenjatakan parang dan pisau. Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) restoran itu selama empat minit dan 11 saat pada jam 4 pagi, 28 Ogos lalu, lima lelaki bertopi keledar serta ada yang memegang pisau dan parang meluru ke arah pelanggan.

Gambar : Copy From Mr Google.coM

Ustaz bodoh & buta Mata Hati....!!!

Ustaz ghairah ‘kebun emas’
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my


JOHOR BAHRU: Seorang isteri dan tiga anaknya kini terpaksa hidup bagai pelarian selepas diancam along berikutan tindakan suaminya meminjam wang sehingga RM20,000 untuk membeli ‘kebun pokok emas’ berkeluasan sembilan hektar yang kononnya terletak di alam ghaib.

Malah, suami wanita itu yang juga guru agama berzikir di tengah padang sekolahnya pada tengah malam kerana tindakan itu dikatakan membolehkannya mendapatkan kemewahan dengan lebih cepat.

Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lela, 42, berkata akibat tindakan suaminya yang dipanggil Ustaz Man, 45, dia terpaksa menggadai barangan berharga selain menjalani kehidupan umpama pelarian selepas diburu along sejak hampir sebulan lalu.

“Sebelum ini, sepanjang 15 tahun berumah tangga dia amat bertanggungjawab, malah menjadi rujukan beberapa individu untuk mendalami ilmu agama.


“Namun, sikapnya mula berubah sejak beberapa bulan lalu selepas menyertai satu kumpulan dipercayai menyebar ajaran sesat di Senai yang kononnya mampu menyedut kemewahan dari kebun emas yang wujud di alam ghaib,” katanya ketika ditemui.

Gambar : Copy From Google.com (sekadar Gambar Hiasan)

Saturday, September 03, 2011

Bila Berita Dipolitikkan.....!!!

Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari."

Tuesday, August 23, 2011

PETUA-PETUA TRADISIONAL La Pulak ...!!!





PETUA-PETUA TRADISIONAL

1.
MENURUNKAN BERAT BADAN


Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

  • Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.

Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

1.
ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL


Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.


2.
TEPUNG UBI PENAWAR RUAM
Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.


3.
UBATI SAKIT DADA
Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.


4.
HILANGKAN URAT DI KAKI
Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.

5. RASA GARAM DALAM MASAKAN
Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.


6.
SIMPAN KELAPA PARUT
Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.


7.
MENGHILANGKAN KEDUT
Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.


8.
PENYERI MUKA
Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.


9.
GARAM UBATI SAKIT GIGI

Sakit gigi memang amat menyeksakan. Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.


10.
MULUT BERBAU
Mulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.

11.
IKAN KERING TIDAK BERULAT
Benda-benda busuk selalu dihinggapi lalt termasuk ikan kering. Keadaan ini menyebabkan ia mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atasnya. Cara ini lalat tidak akan hinggap lagi.


12.
TUMIT KAKI TIDAK PECAH


Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.


13. KEKALKAN KEPUTIHAN PERIUK
Jika anda masak menggunakan dapur kayu atau arang, tentu anda menghadapi masalah periuk hitam dan sukar dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini, sebelum memasak, sapukan dahulu bahagian luar periuk anda pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap masak, cucilah periuk dengan penggosok. Insya-Allah kotoran dan kesan hitam akan mudah dihilangkan.


14.
HILANGKAN DARAH TINGGI
Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.


15.
KHASIAT DAUN JAMBU BATU


Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan sendirinya.


16.
CARA CUCI BARANGAN PERAK
Campurkan perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan cucikan barangan perak anda. Hasilnya ia lebih berkilat.


17.
HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN
Biasanya selepas anda nemikmati buah durian, mulut atau sendawa anda akan berbau. Dan pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual, pening atau mabuk.Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah semuanya beres.


18.
UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR


Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.


19.
MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU
Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan sedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab. Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.


20.
ARANG KAYU PERAPI RAMBUT
Percayakah kayu arang dari batang getah boleh menghitam dan mengilatkan rambut. Caranya, keringkan arang itu beberapa hari kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas itu, campurkan dengan minyak kelapa. Lumurkan ramuan itu pada rambut setiap hari dan cucilah. Lakukan sekerap yang boleh.


21.
PENAWAR BISUL/KUDIS
Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru digiling dengan tujuhbiji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan sedkit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan bengkak bisul dan bissanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh menawarkan sakit beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus antara 30 helai pucuk daun jambu batudengan dua gelas air. Campurkan secamca garam. Bila mendidih, biarkan ianya suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan.


22.
CARA HILANGKAN GRIS
Minyak gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pakaian. Tetapi ada petua untuk menghilangkannya. Cuab titiskan secamca minyak tanah dan kemudian sapukan rata-rata sedikit sabun serbuk atau buku. Biar seketika dan kemudian sental kuat-kuat. Ulangi beberapa kali sehingga kesannya hilang.


23.
PETUA SUBURKAN POKOK BUNGA
Taburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda. Hasilnya, anda akan lihat pokok bunga subur menghijau.


24.
PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT
Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.


25.
BILA NASI BERBAU HANGIT
Kadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak boleh menjadi hangus dan berbau hangit. Kerana itu anda jangan susah hati, cubalah cepat-cepat ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam nasi tersebut dan tutup semula rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.


26.
UBAT DEMAM MALARIA
Daun betik yang masih muda ditumbuk hingga haluslau diperah. Air perahan ini bolehlah diminum sebagai ubat demam malaria. Selain itu, ia juga boleh diminum setelah selesai haid. Kerana ia boleh melancar dan membersihkan sisa-sisa darah kotor.


27.
MENGHILANGKAN GATAL-GATAL
Ada
cara mudah untuk menghilangkan kegatalan akibat peluh yang mengancam seluruh tubuh kita. Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

28.
MENGHILANGKAN BAU PEDAS (CILI TUMIS)
Memasak sambal tumis atau asam pedas, anda tentu terpaksa menumis cili boh atau cili giling. Apabila cili ditumis, anda tentu dapat rasakan mata dan hidung menjadi pedih dan berair. Seluruh ruang dapur malah seluruh rumah akan mendapat akibatnya. Untuk menghindarkannya, cubalah masukkan gula pasir ke dalam minyak penggoreng yang telah panas itu. Kemudian barulah menumis bawang dan cili tersebut. Insya-Allah, bau pedasdan cili tumis itu tidak akan mengganggu anda sekeluarga.


29.
BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN
Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik-bintik merah. Mungkon ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.


30.
ELAK DARI MELECUR
Apabila bahagian tubuh anda tersiram air panas terutama yang sedang mendidih, cepatlah ambil sabun. Tidak kira sabun batang, serbuk atau sabun mandi. Gosoklah bahagian yang terkena air mendidih tadi dengan air sabun secara perlahan-lahan tetapi terus-menerus tidak berhenti. Hinggalah bahagian yang tersiram air panas itu tidak merasa panas lagi. Dengan cara itu, bahagian yang tersiram air panas itu tidak melepuh dan akan segera sembuh.


31.
BEDAK LANCARKAN ZIP ROSAK
Zip yang rosak tidak bermakna barang tersebut sama ada beg, kasur atau seluar anda tidak boleh dipakai lagi. Ada cara paling mudah untuk membaiki dengan cara, taburkan bedak di atasnya lalu anda getak-gerakkan beberapa kali sehingga zip itu lancar semula.


32.
BAGAIMANA SEGARKAN TAUGE
Tauge akan lebih lama segar di dalam peti sejuk sekiranya anda memerahkan sedikit limau ke dalam air tempat anda merendamnya. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.


33.
HILANGKAN DEBU DARI BUNGA
Biasanya bunga-bunga hiasan di ruang tamu akan diselubungi debu. Untuk mencucinya mungkin mustahil sama sekali. Tetapi cuba anda gunakan pengering rambut anda. Semburkan hembusannya ke arah bunga-bunga itu, dan mudah-mudahan semua debu akan diterbangkan.


34.
CARA SUPAYA KEJU TAHAN LAMA
Kalau anda tidak mempunyai peti sejuk, cara untuk menyimpan keju ialah dengan membungkus keju itu kejap-kejap (rapat-rapat) dalam sehelai kain bersih yang dilembabkan denga air garam terlebih dahulu.


35.
GULA UBAT LUKA
Jika bibir anda luka dan berdarah kerana terhantuk pada sesuatu benda keras, anda jangan panik. Ambil sedikit gula dan sapukan pada bibir yang berdarah. Anda akan dapati darah itu akan berhenti dengan segera.


36.
PANAS TERKENA CILI
Kerana banyak memasak menggunakan cili boleh menyebabkan tangan dan jari-jari anda berasa panas memijar. uNtuk menghilangkannya mudah sahaja. Ambil setengah gelas air. Bubuh dua sudu makan garam dan kacau. Setelah garam hancur, gosokkan air pada tangan yang pijat itu. Kemudian hangatkan di depan api. Bersihkan tangan dengan air sejuk menggunakan sabun. Insya-Allah rasa panas dan pijar akan hilang.


37.
MENGHILANGKAN BISUL
Apabila anda sering terkena bisul, jangan dibiarkan begitu sahaja hingga ia membesar yang bukan sahaja sakit malah akan sukar mengubatinya. Kerana itu bila anda sedar akan terkena bisul, cepat-cepat ambil bawang putih. Gosoklah bisul anda dengan bawang putih. Berkat air bawang putih yang berbau tengik itu, bisuk anda tidak sempat membesar akhirnya akan mengempis tanpa meninggalkan kesan parut.


38.
TERKENA BISA IKAN KELI
Ikan keli (darat) atau ikan keli sembilang (laut) kedua-duanya mempunyai sengat berupa duri di sirip kiri kanannya. Sengat ini sungguh bisa apabila terkena manusia, sebab itu hendak menangkapnya terpaksa berhati-hati. Walaupun berhati-hati kadang-kadang terkena juga. Kalau ini berlaku kepada anda, lekas-lekaslah ambil dua hingga tiga sudu makan serbuk kopi, tuangkan sedikit air setengah mendidih, kacau hingga sebati. Wapkan bahagian yang terkena sengatan itu, Insya-Allah bengkaknya hilang dan sakitnya segera sembuh.


39.
BAWANG PUTIH HILANGKAN SAKIT KEPALA
Jika anda sakit kepala, cubalah petua ini untuk mengatasinya. Ambil seulas bawang putih dan dibelah dua. Kemudian tampalkan di sebelah kir dan kanan kepala seperti menampal plaster. Biarkan sehingga sakit kepala hilang, lakukanlah berulang kali jika anda sering sakit kepala, dengan cara ini lama-kelamaan sakit kepala akan hilang.


40.
LIMAU WANGIKAN RAMBUT
Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris-hiriskan. Kemudian gosokan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit dan selepas itu cuci bersih-bersih. Selain daripada mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.


41.
KHASIAT AIR BERAS
Air buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas dari minyak. Pastikan, bilas dengan air bersih selepas mencuci dengan air beras tadi. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan bunga.


42.
RAWATAN LEPAS BERSALIN
Cara yang paling berkesan untuk merawat perut selepas anda bersalin ialah dengan memarut dua ketul halia sederhana besar, campurkan dua sudu cuka. Gaul ramuan ini dan sapukan ke sekeliling pinggang. Cara begini akan mengelakkan pecah-pecah dan calar pada kulit perut. Selepas ramuan ini disapu, lilitkan bengkung seperti biasa sebagai satu rawatan menegangkan semula perut selepas anda bersalin.


43.
UBAT SAKIT MATA
Masalah sakit mata seperti mata berair, warna mata kemerahan, jangkitan kuman dapat diatasi dengan menggunakan madu lebah. Caranya mudah sahaja. Cucilah mata anda dengan air, kemudian sapu atau titskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda selama 5 minit. Kemudian cuci mata anda, lakukan 2 atau 3 kali sehari. Insya-Allah mata anda akan pulih sediakala.


44.
TAK PEDIHKAN MATA
Setiap kali menghiris bawang merah, pasti mata pedih dan berair. Bagi mengatasi masalah itu, selepas kulitnya dikupas, rendamkan dahulu dengan air garam kira-kira sepuluh minit. Kemudian barulah dihiris-hiris.


45.
RAMBUT HITAM BERKILAT
Ambil kangkung kemudian diramas dengan sedikit air hingga hancur dan berlendir. Kemudian sapukan pada rambut dan bungkus dengan tuala. Biarkan selama satu jam. Bilas bersih-bersih. Lakukan dua kali dalam seminggu. Selamat mencuba.


46.
DAUN NANGKA EMPUKKAN DAGING
Daging liat? Mudah empuk jika anda memasukkan beberapa daun nangka ke dalam rebusan daging anda.


47.
HILANGKAN PAHIT PUCUK BETIK
Pucuk betik memang enak jika dicelur dan dijadikan hidangan dengan sambal belacan. Tetapi ada ketikanya daun betk yang diambil itu pahit. Untuk mrnghilangkannya, cuba anda masukkan beberapa helai daun jambu batu atau dua tiga biji buah pinang masak ketika merebusnya.


48.
SUBURKAN POKOK BUNGA
Satu lagi cara untuk menyuburkan pokok bunga ialah dengan mengambil seberapa banyak serbuk kayu. Campurkan bersama tanah dan gaul rata. Kemudian bolehlah ditanam di samping menyiramnya selalu.


49.
BAYAM UBAT BANYAK PENYAKIT
Bayam mengandungi banyak zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia mengandungi protein, selulus, karotin, vitamin B1, B2 dan C, asid oxalic, kalsium, fosforus dan kandungan zat besi yang banyak. Rasanya agak manis dan sejuk. Kerana kandungan zat besi yang tinggi, ia boleh menyembuhkan penyakit kurang darah (anaemia), meredakan tekanan darah tinggi dan sembelit. Ia juga boleh membantu penghadaman.


50.
KACANG TANAH RENDAHKAN TEKANAN DARAH
Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak, vitamin A, B, E dan K, lecithin, choline, asid omino, kalsium dan sebagainya. Minyak kacang tanah merendahkan tekanan darah tinggi dan kolestrol darah. Selaput lendirnya mengandungi ramuan yang lebih berkesan. Kandungan zat dalam kacang tanah ini juga baik untuk mengubati penyakit susah tidur (insomnia).


51.
PENAWAR BISA LIPAN/LEBAH
Apabila seseorang disengat lipan atau lebah, kesakitannya bukan sahaja terasa di bahagian yang disengatnya, malah seluruh badan hingga ke rambutpun terasa sakitnya. Untuk mengubati bisa sengatan itu, segeralah ambil biji asam jawa. Biji asam itu ditumbuk sampai halus, tempelkan pada bahagian yang disengat. Insya-Allah dalam beberapa saat sahaja, rasa sakit akan hilang.


52.
MEREDAKAN BENJOL
Sekiranya kepala anda terkena pukulan benda keras seperti batu, kayu dan sebagainya hingga membenjol, segeralah ambil asam jawa dan garam secukupnya. Masukkan air dan kacau hingga kedua-dua bahan itu larut dalam air dan pekat. Sapukanlah air larutan asam dan garam itu ke bahagian yang benjol. Insya-Allah dalam masa 15 minit, benjolan itu akan mengecil dan mengempis, kemudian hilang sama sekali dari kepala anda.

53.
BATUK






Banyak cara mengubat penyakit batuk. Antaranya ialah : ambil seperempat biji buah pala, setengah biji limau nipis dan satu sudu kecil minyak kayu putih. buah pala diparut, limau nipis diperah ambil airnya. Campurkan kedua-dua bahan itu menjadi satu dengan dicampurkan minyak kayu putih. setelah itu gosoklah dibelakang pesakit. Ramuan ini hanya untuk sekali pakai. Lakukan rawatan seperti ini dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah, penyakit batu akan segera sembuh.

54.
BATUK BERTERUSAN
Penghidap penyakit batuk boleh menyebabkan badannya menjadi kurus. Baruk sering melanda di sebelah malam, sehingga pesakit tidak dapat tidur lena. Kalau berlanjutan, sisi rumah turut terganggu. Kalau keadaan seperti ini mengganggu diri anda, ubatilah dengan daun lidah buaya (ambil isinya sahaja), dihiris halus-halus kira-kira 20gm, kemudian dibubuh madu kira-kira 40cc. Ramuan ini diberi minum dua kali sehari selama lebih kurang tujuh hari.
Penderita perlu berpantang seperti berikut:

  • Jangan terlalu banyak makan makanan manis
  • Jangan tidur tidak menentu (jangan kurang tidur)
  • Jangan masukkan jari ke dalam mulut (seperti kebiasaan kanak-kanak)
  • Jangan makan banyak mekanan pedas
  • Perbanyakkan gizi (zat) dalam makanan seharian.


1.
PENAWAR PENGSAN
Sekiranya anda terjumpa seseorang yang pengsan atau tidak sedarkan diri, segeralah ambil air segelas dan bacakan ‘Ayat Kursi’ sebanyak sebelas kali. Sapukan air itu ke muka. Kepala dan badannya. Kemudian tiup pada telinganya sambil menyebut namanya (jika tahu namanya). Buatlah dengan tenang dan penuh sabar. Insya-Allah, dia akan sedar dari pengsannya.


2.
BENGKAK BUAH DADA
Khusus bagi wanita, sekiranya selalu terasa sakit atau bengkak di pangkal buah dada, atasilah dengan petua ini. Ambil kayu atau teras pokok sepang. Asahkan dengan sedikit air. Campurkan sedikit kapur sirih. Sapulah ramuan tersebut berulang kali. Seelok-eloknya dilakukan pada waktu malam.


3.
BENGKAK DI BAWAH TELINGA
Penyakit ini sebenarnya bermusim dan mudah berjangkit. Jika ada di antara keluarga anda terkena penyakit nin, segeralah cari kayu sepang. Asahlah dengan mencampur sedikit kapur sirih. Sapukan pada keliling telinga. Atau Ambil sedikit nila dan cuka makan. Campurkan kedua-dua bahan itu dan sapu di sekeliling telinga yang bengkak. Insya-Allah, bengkak tersebut akan beransur hilang.


4.
MENCANTIKKAN BETIS
Setiap orang khususnya wanita, tentu inginkan betis yang cantik, halus dan licin. Caranya mudah sahaja. Sapukan setiap pagi selepas mandi dengan minyak rambut atau minyak kelapa dan urutkan perlahan-lahan.

Setelah lakukan demikian, betis anda akan kelihatan halus dan mulus. Anda tidak perlu membuang duit untuk membeli minyak untuk bayi atau losyen. Selain itu anda boleh juga mengurut betis anda dua atau tiga hari sekali dengan menggunakan hampas kelapa yang telah diperah santannya. Setelah itu urutlah lagi dengan air hingga menjadi bersih.


5.
URAT BETIS MENONJOL
Selalunya wanita hamil akan mengalami keadaan di mana urat betisnya akan menonjol, dan akan berterusan hingga sesudah bersalin. Ambillah segenggam kacang hijau, rebus dengan air bersih tanpa mencampur dengan suatu apa pun (tanpa gula, garam atau apa-apa ramuan lagi). Rebuslah sampai mendidih. Sebelum kacang hijau itu pecah-pecah kulitnya, dan air rebusan tinggal segelas, angkatlah dari api. Minumlah air rebusan kacang itu bersama kacangnya setiap pagi dan malam sebelum tidur. Menjelang tidur, angkatlah kaki anda ke atas setinggi mungkin dengan bantuan alat selama lebih kurang 10 minit. Lakukan setiap malam menjelang tidur. Insya-Allah, urta betis anda kembali semula seperti biasa.


6.
RAMBUT SELALU GUGUR
Bagi mengatasi rambut selalu gugur, ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Semuanya dimasukkan dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.


7.
ANAK SELALU KENCING MALAM
Jika ada anak anda berumur 5 tahun ke atas masih lagi kencing malam, cubalah ambil tembakau sebesar ibu jari dan campurkan sedikit kapur sireh, kemudian letakkan di pusatnya. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain. Buatlah selama


8.
KURANGKAN BAU CAT PADA DINDING
Dinding yang baru dicat terutamanya dalam bilik boleh mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Apa kata letakkan sebesen air yang dicampur garam di dalam bilik itu dan biarkan ia semalaman di situ. Bau cat yang kurang menyenangkan itu, akan hilang perlahan-lahan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...