Pages

Friday, June 10, 2011

Sebelum & Selepas Kawen

Thursday, June 09, 2011

Kisah Lawak

Kisah Lawak

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya

Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya

Makwe:Oh gitu....kalau saya jadi bunga
Pakwe:Abang jadi tukang kebunnya

Makwe:Kenapa bukan kumbang
Pakwe:Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe:Wah! hebatnya abg nie...begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar...tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah....bedebik!!!!!! macam n! angka busuk daa!!!!

Makwe:Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe:Cilako! punyo tunggul kayu....buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)...sayang takde apa2 ke?

Makwe:Takde sikit je bang...cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua...selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga...2 tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri:Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami:Masakan abg boleh lupa

Isteri:Kalau saya jadi bintang
Suami:Abang jadi beginilah

Isteri:Kenapa bukan Ultraman...
Suami:Kat Malaysia mana ada Ultraman...kat Jepun adalah....apa lah awak nie

Isteri:?????????, kalau saya jadi bunga
Suami:Abang jadi beginilah !!!

Isteri:Apa abg nie...cakaplah betul2
Suami:Apo kono eh dongan ekau nie...dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu....kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu....yang mengado2 nak jadi bintang tu buek apo???

Isteri: Abe nie tok supo dulu....tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami:Takdo nak romantik kosmetik do....

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut....tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah.....

Isteri:Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami:Apo kono eh awak nie....buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

Wednesday, June 08, 2011

12 WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA



12 WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA



Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:-

1. Semasa Lailatul-Qadar.
2. Ketika hujan turun.
3. Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
4. Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
5. Di tengah malam.

6. Di antara azan dan iqamah.
7. Ketika sujud dalam solat.
8. Ketika iktidal akhir dalam solat.
9. Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
10. Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir(waktu sahur).

11. Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

12. Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu laillahhaillah.

p/s: pic from Mr Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...