Tuesday, March 07, 2006
TEKNIK BALINGAN STRAIGHT
Starting
Pastikan anda berdiri tegak dengan kaki kanan berada ditengah2 antara dot1 dgn dot2 sebelah kiri dari dot tengah (anggaplah dot tengah sebagai 0). Ini bermakna tangan kanan anda betul2 berada ditengah atau hampir dgn dot tengah. Bagi yang gunakan tangan kiri utk membaling sama aje iaitu kaki kiri anda mesti berada ditengah2 antara dot 1 dgn dot 2 sebelah kanan dari dot tengah.
Pegangan Bola.
Setelah ketiga2 jari dimasukan pastikan anak jari berada dalam jarak 2cm dekat dengan lubang jari manis, manakala jari telunjuk berada dalam jarak lebih sedikit 3cm dari lubang jari hantu. Ampu bola macam menatang dengan bantuan tangan kiri. Bahu mesti tegak.
Ketika Balingan
Waktu nak baling pergerakan badan menuju kedepan mesti selari dengan line. Turunkan bola tidak bolih mengejut bahkan hendaklah melunjurkan tangan lurus kedepan dan turunkan kebawah dan hayun kebelakang terus baling. Bila bola hampir2 nak dilepaskan kena lihat serentak line tengah dengan ibu jari sebaris dengan line tengah kemudian baling. Pastikan kelajuan balingan anda. Kerana balingan perlahan akan membuatkan bola cepat membelok.
Ambil spare
Caranya sama dengan diatas tadi iaitu ibu jari mesti berada sebaris dengan line pin yang hendak ditujukan. Mudahkan??. Apa2 pun terpulanglah dengan cara masing2. Kita tak selalunya serupa. Sebenarnya cara ini adalah cara yang diajar olih k/tangan Proshop ketika mula2 saya belajar main bowling di Lesure Mall dalam pertandingan anjuran Bank Rakyat. Memang praktikal kerana baru main dah berjaya buat pernah score 250 10pin tap. Hinggalah sekarang ni.. kekadang kalau tak menjadi saya akan cuba cara lama tu. Sekarang ni saya leh main dua cara iaitu straigh dan hook. Harap kepada mereka2 yang main straight bolihlah mencubanya. InsAllah. Jika tak faham juga bolihlah jumpa saya.
INGAT!!!
Ibu jari mestu sebaris dengan line / pin yang hendak ditujukan.
1 comments:
Tq
Post a Comment