Untuk mereka yang main hook berikut adalah beberapa teknik yang saya pelajari untuk menukarkan game kita supaya dapat strike or bola masuk pocket:-
i) Ubah tempat berdiri - Untuk memastikan yang teknik ini berkesan pastikan anda berdiri ditempat yang sama semasa mula2 membaling bola. Kalau macam saya kaki sebelah kanan saya akan berada di sebelah kiri dot tengah.Mana2 bowling alley yang saya pergi saya akan mulakan ditempat yang sama. Setelah berdiri di tempat yang betul saya akan baling ikut target biasa saya iaitu arrow 3 dari kanan.Semasa membuat balingan saya akan pastikan yang saya membaling tepat ke arrow tersebut dan kemudian melihat bagaimana bola itu hook ke pin.Jika bola saya pergi kearah pocket kiri iaitu pocket 1-2 (brooklyn) maka saya akan ubahkan tempat saya satu board ke kiri.
Sebaliknya jika saya lihat bola saya kurang masuk pocket atau agak light pocket maka saya akan ubahkan tempat saya berdiri satu board ke kanan.Jika banyak sangat x masuk saya akan ubah kan dua board ke kanan.
Anda perlu ingat yang kadang2 lane akan berubah dan anda perlu mengubah semula kedudukan tempat anda berdiri.Kelewatan anda menukar tempat berdiri akan membuatkan pencapaian anda merosot.
Kadang2 saya sendiri agak lambat dan degil nak menukar posisi saya walaupun keadaan lane sudah berubah sebab kadang2 kita pikirkan ianya disebabkan cara balingan kita dan bukan disebabkan perubahan dalam lane.
Oleh itu amat penting anda selalu melihat bagaimana bola anda bergerak diatas lane setelah anda membuat balingan.Anda perlu ingat bahawa bermain secara hook amat teknikal dan anda perlu senantiasa peka dengan perubahan kepada lane dan bola anda.Disamping anda melihat reaksi bola anda, anda juga boleh melihat reaksi bola org lain yang main hook di lane yang sama untuk anda cepat2 membuat perubahan kepada tempat berdiri anda.
Menukar tempat anda berdiri adalah perubahan yang paling mudah untuk meningkat kan tahap permainan anda.Bagaimanapun ini bukan lah satu2nya cara untuk meningkat kan permainanan sebab kadang2 anda akan berhadapan dengan situasi dimana anda masih tidak dapat mencari pocket walaupun sudah menukar posisi tempat anda berdiri.Bila ini berlaku maka anda kenalah melakukan perubahan dalam faktor2 lain pula.
Biasanya di lane2 yang agak kering seperti di Mines dan South City Plaza anda akan lihat bola anda akan hook terlalu banyak dan selalu tersasar ke pin 2 atau 4 dan kadang2 ke pin 7.Lebih mengecewakan kalau bola terus kelongkang.Jika di Mines saya akan mengubahkan posisi saya berdiri 4/5 board ke kiri dan masih menggunakan arrow 3 dari kanan sebagai target.Bagaimanapun oleh kerana anda sekarang berdiri jauh dari target anda maka ada ketikanya anda dapati tangan anda terbuka(mengepak) dan bola terlalu kekanan dan ada juga terus ke longkang disebelah kanan. Ini bermakna ruang untuk kesilapan adalah amat kecil(small margin of error) dan anda kena menumpukan sepenuh perhatian supaya anda tidak tersasar dari target anda.Tumpukan sepenuh perhatian anda pada arrow target anda dan untuk lebih accurate gunakan dot yang lebih hampir dengan foul line.Saya selalunya gunakan board diatas dot yg sama sebagai target saya untuk lebih accurate.Jangan gunakan pin sebagai target oleh kerana pin adalah jauh dari foul line dan tidak sesuai digunakan sebagai target.
Pastikan juga setelah selepas setiap balingan anda tengok dimana bola anda jatuh untuk memastikan targeting anda itu tepat dan tangan anda tidak mengepak.Jangan campak bola anda kerana walaupun bola jatuh atas arrow/dot target anda kemungkinan bola akan lari dari target.Untuk tidak menghempas/mencampak bola tundukkan dan rendah kan badan anda semasa anda membuat balingan (delivery)
ihsan :abgsopi-MB.....
0 comments:
Post a Comment