PETUA-PETUA  TRADISIONAL  
1.         MENURUNKAN  BERAT BADAN
 
Jika  anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum  boleh menurunkan berat badan anda.  
- Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.
 
Cara  ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan,  berat badan anda akan beransur turun. 
1.         ELAK  KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL
 
Perahkan  sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya  disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan  berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang  air kecil.
2.        TEPUNG  UBI PENAWAR RUAM 
Cara  yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan  tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran  serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.  
3.         UBATI  SAKIT DADA 
Ambil  beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji  telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah  tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.  
4.         HILANGKAN  URAT DI KAKI 
Bagi  ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan  ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah  ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau  ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap  hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh  mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.  
 
5.         RASA  GARAM DALAM MASAKAN 
Untuk  merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa.  Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di  atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup  masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih  garam.  
6.         SIMPAN  KELAPA PARUT 
Masukkan  kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap  itu masuk ke dalam kelapa.  
7.         MENGHILANGKAN  KEDUT 
Wanita  yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian  muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan  seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula  berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di  muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga  hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.  Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang  berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih.  Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang  mula bertapak itu akan menghilang.  
8.         PENYERI  MUKA 
Selain  dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya  muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi  dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit  kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih  telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan  begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.  
9.         GARAM  UBATI SAKIT GIGI 
Sakit  gigi memang amat menyeksakan. Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke  klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi.  Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok  dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit  garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini  diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut,  malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.  
 
10.         MULUT  BERBAU 
Mulut  berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk  mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus,  kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah  setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.  
11.         IKAN  KERING TIDAK BERULAT  
Benda-benda  busuk selalu dihinggapi lalt termasuk ikan kering. Keadaan ini menyebabkan ia  mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas, taburkan  sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atasnya. Cara ini lalat  tidak akan hinggap lagi.  
12.         TUMIT  KAKI TIDAK PECAH
 
Bagi  anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah  betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah.  Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali  beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.  
13.         KEKALKAN KEPUTIHAN PERIUK 
Jika anda masak menggunakan dapur  kayu atau arang, tentu anda menghadapi masalah periuk hitam dan sukar  dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini, sebelum memasak, sapukan dahulu  bahagian luar periuk anda pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap masak,  cucilah periuk dengan penggosok. Insya-Allah kotoran dan kesan hitam akan mudah  dihilangkan. 
14.         HILANGKAN  DARAH TINGGI 
Jika  anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat.  Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam  mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah  sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba  lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu  cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.  
15.         KHASIAT  DAUN JAMBU BATU
 
Kalau  anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan  citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya).  Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu  biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit  perut anda akan hilang dengan sendirinya.  
 
16.         CARA  CUCI BARANGAN PERAK 
Campurkan  perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan cucikan barangan perak anda.  Hasilnya ia lebih berkilat.  
17.         HILANGKAN  BAU DAN PENING MAKAN DURIAN 
Biasanya  selepas anda nemikmati buah durian, mulut atau sendawa anda akan berbau. Dan  pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual, pening atau mabuk.Untuk  mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air di  dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah semuanya beres.  
18.         UBAT  GIGI PENAWAR KULIT MELECUR
Cara  yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi ke  atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.  
19.         MINYAK  TANAH HILANGKAN KUTU 
Satu  lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan sedikit  minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab. Biarkan  selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada  tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.  
20.         ARANG  KAYU PERAPI RAMBUT 
Percayakah  kayu arang dari batang getah boleh menghitam dan mengilatkan rambut. Caranya,  keringkan arang itu beberapa hari kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas itu,  campurkan dengan minyak kelapa. Lumurkan ramuan itu pada rambut setiap hari dan  cucilah. Lakukan sekerap yang boleh.  
21.         PENAWAR  BISUL/KUDIS 
Ambil  segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru  digiling dengan tujuhbiji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan  sedkit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara  untuk menghilangkan bengkak bisul dan bissanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini  juga boleh menawarkan sakit beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus antara 30  helai pucuk daun jambu batudengan dua gelas air. Campurkan secamca garam. Bila  mendidih, biarkan ianya suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal  berkenaaan.  
22.         CARA  HILANGKAN GRIS 
Minyak  gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pakaian. Tetapi ada petua untuk  menghilangkannya. Cuab titiskan secamca minyak tanah dan kemudian sapukan  rata-rata sedikit sabun serbuk atau buku. Biar seketika dan kemudian sental  kuat-kuat. Ulangi beberapa kali sehingga kesannya hilang.  
23.         PETUA  SUBURKAN POKOK BUNGA 
Taburkan  sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda. Hasilnya, anda akan  lihat pokok bunga subur menghijau.  
24.         PUTIH  TELUR PENGHILANG PARUT 
Jika  pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang,  cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan  putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya  parut luka anda akan hilang.  
25.         BILA  NASI BERBAU HANGIT 
Kadang-kadang  kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak boleh menjadi hangus dan berbau hangit.  Kerana itu anda jangan susah hati, cubalah cepat-cepat ambil pucuk daun pisang,  masukkan ke dalam nasi tersebut dan tutup semula rapat-rapat. Insya-Allah bau  hangit akan berkurangan.  
26.         UBAT  DEMAM MALARIA 
Daun  betik yang masih muda ditumbuk hingga haluslau diperah. Air perahan ini bolehlah  diminum sebagai ubat demam malaria. Selain itu, ia juga boleh diminum setelah  selesai haid. Kerana ia boleh melancar dan membersihkan sisa-sisa darah  kotor.  
27.         MENGHILANGKAN  GATAL-GATAL 
Ada  cara mudah untuk menghilangkan kegatalan akibat peluh yang mengancam seluruh  tubuh kita. Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air.  Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada  bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat  peluh itu hilang dari tubuh anda.  
28.         MENGHILANGKAN  BAU PEDAS (CILI TUMIS) 
Memasak  sambal tumis atau asam pedas, anda tentu terpaksa menumis cili boh atau cili  giling. Apabila cili ditumis, anda tentu dapat rasakan mata dan hidung menjadi  pedih dan berair. Seluruh ruang dapur malah seluruh rumah akan mendapat  akibatnya. Untuk menghindarkannya, cubalah masukkan gula pasir ke dalam minyak  penggoreng yang telah panas itu. Kemudian barulah menumis bawang dan cili  tersebut. Insya-Allah, bau pedasdan cili tumis itu tidak akan mengganggu anda  sekeluarga.  
 
29.         BINTIK-BINTIK  MERAH DI BADAN 
Kadang-kadang  tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik-bintik merah. Mungkon ini  disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal  atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, janganlah panik. Ambillah  sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan  ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di  bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut  akan hilang.  
30.         ELAK  DARI MELECUR 
Apabila  bahagian tubuh anda tersiram air panas terutama yang sedang mendidih, cepatlah  ambil sabun. Tidak kira sabun batang, serbuk atau sabun mandi. Gosoklah bahagian  yang terkena air mendidih tadi dengan air sabun secara perlahan-lahan tetapi  terus-menerus tidak berhenti. Hinggalah bahagian yang tersiram air panas itu  tidak merasa panas lagi. Dengan cara itu, bahagian yang tersiram air panas itu  tidak melepuh dan akan segera sembuh.  
31.         BEDAK  LANCARKAN ZIP ROSAK 
Zip  yang rosak tidak bermakna barang tersebut sama ada beg, kasur atau seluar anda  tidak boleh dipakai lagi. Ada cara paling mudah untuk membaiki dengan cara,  taburkan bedak di atasnya lalu anda getak-gerakkan beberapa kali sehingga zip  itu lancar semula.  
32.         BAGAIMANA  SEGARKAN TAUGE 
Tauge  akan lebih lama segar di dalam peti sejuk sekiranya anda memerahkan sedikit  limau ke dalam air tempat anda merendamnya. Tetapi pastikan anda menukar airnya  setiap hari.  
33.         HILANGKAN  DEBU DARI BUNGA 
Biasanya  bunga-bunga hiasan di ruang tamu akan diselubungi debu. Untuk mencucinya mungkin  mustahil sama sekali. Tetapi cuba anda gunakan pengering rambut anda. Semburkan  hembusannya ke arah bunga-bunga itu, dan mudah-mudahan semua debu akan  diterbangkan.  
34.         CARA  SUPAYA KEJU TAHAN LAMA 
Kalau  anda tidak mempunyai peti sejuk, cara untuk menyimpan keju ialah dengan  membungkus keju itu kejap-kejap (rapat-rapat) dalam sehelai kain bersih yang  dilembabkan denga air garam terlebih dahulu.  
35.         GULA  UBAT LUKA 
Jika  bibir anda luka dan berdarah kerana terhantuk pada sesuatu benda keras, anda  jangan panik. Ambil sedikit gula dan sapukan pada bibir yang berdarah. Anda akan  dapati darah itu akan berhenti dengan segera.  
36.         PANAS  TERKENA CILI 
Kerana  banyak memasak menggunakan cili boleh menyebabkan tangan dan jari-jari anda  berasa panas memijar. uNtuk menghilangkannya mudah sahaja. Ambil setengah gelas  air. Bubuh dua sudu makan garam dan kacau. Setelah garam hancur, gosokkan air  pada tangan yang pijat itu. Kemudian hangatkan di depan api. Bersihkan tangan  dengan air sejuk menggunakan sabun. Insya-Allah rasa panas dan pijar akan  hilang.  
37.         MENGHILANGKAN  BISUL 
Apabila  anda sering terkena bisul, jangan dibiarkan begitu sahaja hingga ia membesar  yang bukan sahaja sakit malah akan sukar mengubatinya. Kerana itu bila anda  sedar akan terkena bisul, cepat-cepat ambil bawang putih. Gosoklah bisul anda  dengan bawang putih. Berkat air bawang putih yang berbau tengik itu, bisuk anda  tidak sempat membesar akhirnya akan mengempis tanpa meninggalkan kesan  parut.  
38.         TERKENA  BISA IKAN KELI 
Ikan  keli (darat) atau ikan keli sembilang (laut) kedua-duanya mempunyai sengat  berupa duri di sirip kiri kanannya. Sengat ini sungguh bisa apabila terkena  manusia, sebab itu hendak menangkapnya terpaksa berhati-hati. Walaupun  berhati-hati kadang-kadang terkena juga. Kalau ini berlaku kepada anda,  lekas-lekaslah ambil dua hingga tiga sudu makan serbuk kopi, tuangkan sedikit  air setengah mendidih, kacau hingga sebati. Wapkan bahagian yang terkena  sengatan itu, Insya-Allah bengkaknya hilang dan sakitnya segera  sembuh.  
39.         BAWANG  PUTIH HILANGKAN SAKIT KEPALA 
Jika  anda sakit kepala, cubalah petua ini untuk mengatasinya. Ambil seulas bawang  putih dan dibelah dua. Kemudian tampalkan di sebelah kir dan kanan kepala  seperti menampal plaster. Biarkan sehingga sakit kepala hilang, lakukanlah  berulang kali jika anda sering sakit kepala, dengan cara ini lama-kelamaan sakit  kepala akan hilang.  
40.         LIMAU  WANGIKAN RAMBUT 
Ambil  beberapa biji limau nipis dan hiris-hiriskan. Kemudian gosokan ke seluruh  kepala. Biarkan beberapa minit dan selepas itu cuci bersih-bersih. Selain  daripada mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan  menyejukkan kepala.  
 
41.         KHASIAT  AIR BERAS 
Air  buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka  sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas dari minyak. Pastikan, bilas  dengan air bersih selepas mencuci dengan air beras tadi. Air beras juga boleh  digunakan untuk menyiram pokok bunga ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan  melebatkan bunga.  
42.         RAWATAN  LEPAS BERSALIN 
Cara  yang paling berkesan untuk merawat perut selepas anda bersalin ialah dengan  memarut dua ketul halia sederhana besar, campurkan dua sudu cuka. Gaul ramuan  ini dan sapukan ke sekeliling pinggang. Cara begini akan mengelakkan pecah-pecah  dan calar pada kulit perut. Selepas ramuan ini disapu, lilitkan bengkung seperti  biasa sebagai satu rawatan menegangkan semula perut selepas anda  bersalin.  
43.         UBAT  SAKIT MATA 
Masalah  sakit mata seperti mata berair, warna mata kemerahan, jangkitan kuman dapat  diatasi dengan menggunakan madu lebah. Caranya mudah sahaja. Cucilah mata anda  dengan air, kemudian sapu atau titskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian  pejamkan mata anda selama 5 minit. Kemudian cuci mata anda, lakukan 2 atau 3  kali sehari. Insya-Allah mata anda akan pulih sediakala.  
44.         TAK  PEDIHKAN MATA 
Setiap  kali menghiris bawang merah, pasti mata pedih dan berair. Bagi mengatasi masalah  itu, selepas kulitnya dikupas, rendamkan dahulu dengan air garam kira-kira  sepuluh minit. Kemudian barulah dihiris-hiris.  
45.         RAMBUT  HITAM BERKILAT 
Ambil  kangkung kemudian diramas dengan sedikit air hingga hancur dan berlendir.  Kemudian sapukan pada rambut dan bungkus dengan tuala. Biarkan selama satu jam.  Bilas bersih-bersih. Lakukan dua kali dalam seminggu. Selamat  mencuba.  
46.         DAUN  NANGKA EMPUKKAN DAGING 
Daging  liat? Mudah empuk jika anda memasukkan beberapa daun nangka ke dalam rebusan  daging anda.  
47.         HILANGKAN  PAHIT PUCUK BETIK 
Pucuk  betik memang enak jika dicelur dan dijadikan hidangan dengan sambal belacan.  Tetapi ada ketikanya daun betk yang diambil itu pahit. Untuk mrnghilangkannya,  cuba anda masukkan beberapa helai daun jambu batu atau dua tiga biji buah pinang  masak ketika merebusnya.  
48.         SUBURKAN  POKOK BUNGA 
Satu  lagi cara untuk menyuburkan pokok bunga ialah dengan mengambil seberapa banyak  serbuk kayu. Campurkan bersama tanah dan gaul rata. Kemudian bolehlah ditanam di  samping menyiramnya selalu.  
49.         BAYAM  UBAT BANYAK PENYAKIT 
Bayam  mengandungi banyak zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia mengandungi protein,  selulus, karotin, vitamin B1, B2 dan C, asid oxalic, kalsium, fosforus dan  kandungan zat besi yang banyak. Rasanya agak manis dan sejuk. Kerana kandungan  zat besi yang tinggi, ia boleh menyembuhkan penyakit kurang darah (anaemia),  meredakan tekanan darah tinggi dan sembelit. Ia juga boleh membantu  penghadaman.  
50.         KACANG  TANAH RENDAHKAN TEKANAN DARAH 
Kacang  tanah kaya dengan kandungan lemak, vitamin A, B, E dan K, lecithin, choline,  asid omino, kalsium dan sebagainya. Minyak kacang tanah merendahkan tekanan  darah tinggi dan kolestrol darah. Selaput lendirnya mengandungi ramuan yang  lebih berkesan. Kandungan zat dalam kacang tanah ini juga baik untuk mengubati  penyakit susah tidur (insomnia).  
51.         PENAWAR  BISA LIPAN/LEBAH 
Apabila  seseorang disengat lipan atau lebah, kesakitannya bukan sahaja terasa di  bahagian yang disengatnya, malah seluruh badan hingga ke rambutpun terasa  sakitnya. Untuk mengubati bisa sengatan itu, segeralah ambil biji asam jawa.  Biji asam itu ditumbuk sampai halus, tempelkan pada bahagian yang disengat.  Insya-Allah dalam beberapa saat sahaja, rasa sakit akan hilang.  
52.         MEREDAKAN  BENJOL 
Sekiranya  kepala anda terkena pukulan benda keras seperti batu, kayu dan sebagainya hingga  membenjol, segeralah ambil asam jawa dan garam secukupnya. Masukkan air dan  kacau hingga kedua-dua bahan itu larut dalam air dan pekat. Sapukanlah air  larutan asam dan garam itu ke bahagian yang benjol. Insya-Allah dalam masa 15  minit, benjolan itu akan mengecil dan mengempis, kemudian hilang sama sekali  dari kepala anda.
53.         BATUK
Banyak cara mengubat penyakit batuk. Antaranya ialah : ambil seperempat biji buah pala,  setengah biji limau nipis dan satu sudu kecil minyak kayu putih. buah pala  diparut, limau nipis diperah ambil airnya. Campurkan kedua-dua bahan itu menjadi  satu dengan dicampurkan minyak kayu putih. setelah itu gosoklah dibelakang  pesakit. Ramuan ini hanya untuk sekali pakai. Lakukan rawatan seperti ini dua  kali sehari selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah, penyakit batu akan  segera sembuh.  
54.         BATUK  BERTERUSAN 
Penghidap  penyakit batuk boleh menyebabkan badannya menjadi kurus. Baruk sering melanda di  sebelah malam, sehingga pesakit tidak dapat tidur lena. Kalau berlanjutan, sisi  rumah turut terganggu. Kalau keadaan seperti ini mengganggu diri anda, ubatilah  dengan daun lidah buaya (ambil isinya sahaja), dihiris halus-halus kira-kira  20gm, kemudian dibubuh madu kira-kira 40cc. Ramuan ini diberi minum dua kali  sehari selama lebih kurang tujuh hari.
Penderita perlu berpantang seperti  berikut:  
- Jangan terlalu banyak makan makanan manis
 - Jangan tidur tidak menentu (jangan kurang tidur)
 - Jangan masukkan jari ke dalam mulut (seperti kebiasaan kanak-kanak)
 - Jangan makan banyak mekanan pedas
 - Perbanyakkan gizi (zat) dalam makanan seharian.
 
1.         PENAWAR  PENGSAN 
Sekiranya  anda terjumpa seseorang yang pengsan atau tidak sedarkan diri, segeralah ambil  air segelas dan bacakan ‘Ayat Kursi’ sebanyak sebelas kali. Sapukan air itu ke  muka. Kepala dan badannya. Kemudian tiup pada telinganya sambil menyebut namanya  (jika tahu namanya). Buatlah dengan tenang dan penuh sabar. Insya-Allah, dia  akan sedar dari pengsannya.  
2.         BENGKAK  BUAH DADA 
Khusus  bagi wanita, sekiranya selalu terasa sakit atau bengkak di pangkal buah dada,  atasilah dengan petua ini. Ambil kayu atau teras pokok sepang. Asahkan dengan  sedikit air. Campurkan sedikit kapur sirih. Sapulah ramuan tersebut berulang  kali. Seelok-eloknya dilakukan pada waktu malam.  
3.         BENGKAK  DI BAWAH TELINGA 
Penyakit  ini sebenarnya bermusim dan mudah berjangkit. Jika ada di antara keluarga anda  terkena penyakit nin, segeralah cari kayu sepang. Asahlah dengan mencampur  sedikit kapur sirih. Sapukan pada keliling telinga. Atau Ambil sedikit  nila dan cuka makan. Campurkan kedua-dua bahan itu dan sapu di sekeliling  telinga yang bengkak. Insya-Allah, bengkak tersebut akan beransur  hilang.  
 
4.         MENCANTIKKAN  BETIS 
Setiap  orang khususnya wanita, tentu inginkan betis yang cantik, halus dan licin.  Caranya mudah sahaja. Sapukan setiap pagi selepas mandi dengan minyak rambut  atau minyak kelapa dan urutkan perlahan-lahan.  
Setelah  lakukan demikian, betis anda akan kelihatan halus dan mulus. Anda tidak perlu  membuang duit untuk membeli minyak untuk bayi atau losyen. Selain itu anda boleh  juga mengurut betis anda dua atau tiga hari sekali dengan menggunakan hampas  kelapa yang telah diperah santannya. Setelah itu urutlah lagi dengan air hingga  menjadi bersih.  
5.         URAT  BETIS MENONJOL 
Selalunya  wanita hamil akan mengalami keadaan di mana urat betisnya akan menonjol, dan  akan berterusan hingga sesudah bersalin. Ambillah segenggam kacang hijau, rebus  dengan air bersih tanpa mencampur dengan suatu apa pun (tanpa gula, garam atau  apa-apa ramuan lagi). Rebuslah sampai mendidih. Sebelum kacang hijau itu  pecah-pecah kulitnya, dan air rebusan tinggal segelas, angkatlah dari api.  Minumlah air rebusan kacang itu bersama kacangnya setiap pagi dan malam sebelum  tidur. Menjelang tidur, angkatlah kaki anda ke atas setinggi mungkin dengan  bantuan alat selama lebih kurang 10 minit. Lakukan setiap malam menjelang tidur.  Insya-Allah, urta betis anda kembali semula seperti biasa.  
6.         RAMBUT  SELALU GUGUR 
Bagi  mengatasi rambut selalu gugur, ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga  raya dan lendir pokok litup bumi. Semuanya dimasukkan dalam satu bekas. Kemudian  campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan  bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci.  Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat  beruban.  
7.         ANAK  SELALU KENCING MALAM 
Jika  ada anak anda berumur 5 tahun ke atas masih lagi kencing malam, cubalah ambil  tembakau sebesar ibu jari dan campurkan sedikit kapur sireh, kemudian letakkan  di pusatnya. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain. Buatlah  selama 
8.         KURANGKAN  BAU CAT PADA DINDING 
Dinding  yang baru dicat terutamanya dalam bilik boleh mengeluarkan bau yang kurang  menyenangkan. Apa kata letakkan sebesen air yang dicampur garam di dalam bilik  itu dan biarkan ia semalaman di situ. Bau cat yang kurang menyenangkan itu, akan  hilang perlahan-lahan.
