Pages

Saturday, December 04, 2010

Kisah Seorang Janda Yang Dahaga (18sx)

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami.... Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.

Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya...



Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu...

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.... beliau bangun dari katilnya... badannya terasa panas.... tekaknya terasa haus.... beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,...

sampai saja didapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... belia! u tuang kedalam cawan dan meminumya...

Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula.














































Sekian... Terima Kasih Itulah kisah seorang janda yang dahaga........... Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer. Mentang2 lah Janda..haaa....
Sekian... Terima Kasih Itulah kisah seorang janda yang dahaga........... Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer. Mentang2 lah Janda..haaa....

Friday, December 03, 2010

Isteri Nauzubillah

Kisah ni agak panjang sedikit.
Anyway, take Ur time b'coz
it really2 good story.

Lama benar saya tidak berjumpa dengan
Ariffin. Rasanya sudah
lebih tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di
arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat
saya pagi itu, saya merasa terlalu seronok.

" Eh, makin kurus nampak. Diet ke ?"
kata saya setelah
mempersilakannya
duduk. " Tak adalah... biasa la cikgu,
kan sekarang ni
macam-macam
kerja.
Kurikulumlah, kokurikulumlah,
sukanlah... badan gemuk pun boleh
jadi
tinggal tulang," balas Arifin. "Tengok
ni ustaz, baju pun dah
menggelebeh.Seluar pun longgar," tambah
Arifin sambil menarik
lengan
baju
untuk menunjukkan betapa kurusnya dia
dan besarnya baju yang di
pakai.
Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya
serba sedikit, saya
bertanya
Arifin tentang hajatnya datang menemui
saya. Yalah, tiba-tiba
saja
muncul,
pasti ada hajat yang hendak di
sampaikan.
" Orang rumah saya sakitlah, ustaz ",
kata Arifin. " Patutlah
aku tengok
engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun
hendak tak hendak. Sakit
apa ?" saya
bertanya. Agak lambat Arifin menjawab.
Dia menarik nafas,
kemudian meraup
muka dan seterusnya bersandar di kerusi.
Setelah itu di
sorotnya mata saya
dalam-dalam.

" Entahlah..." katanya perlahan, "lima
tahun lalu tiba-tiba
saja badan dia
melepuh-lepuh. Di kaki, paha, perut,
dibelakang... penuh dengan
lepuh macam
orang terkena air panas, " kata Arifin.
Tambah kawan lama saya
itu, dia telah membawa isterinya , Niza, ke
serata hospital dan klinik,
namun ubat yang di beri oleh doctor tidak dapat
melegakan penyakitnya. "
Sakit apa, doctor pun tak tau," tambahnya.
"Dah pergi berubat kampung ?" saya
bertanya. " Dah,tapi macam
biasalah...bomoh, cakap kena buat orang,
terceroboh kawasan
orang bunian.,
sampuk... macam-macam lagi. Duit banyak
habis, masa terbuang,
tapi sakitnya
takjuga sembuh," jelas Arifin. Malah,
kata kawan saya itu,
lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga
tubuh isterinya yang
langsing menjadi sembab.
Wajahnya yang cantik juga berubah
murung, kusut " Itu masih tak
mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan
saya, setelah beberapa
lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi
gerutu dan berbintil-bintil
macam katak
puru," tambah Arifin. Akibatnya, sekali
lagi Niza menderita
kerana
selepas
tubuhnya hodoh akibat sembab, seluruh
kulitnya yang dulu licin
menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil
dan besar seperti bisul
tumbuh merata, kaki hingga ke muka. Di sebabkan
penyakit itu, kawan-kawan
yang datang melawat terkejut kerana hampir
tidak mengenalinya lagi.

Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja.
Dia malu untuk
berhadapan dengan
kawan sepejabat. Memang ada yang
bersimpati tapi ada juga yang
mengejek.
Kebanyakkannya menyindir di belakang ,
tapi ada juga yang tanpa
rasa bersalah mengaibkannya secara
berhadapan. Dua tiga tahun
berlalu, penyakit
Niza bertambah parah. Sehelai demi
sehelai rambutnya gugur
hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai
menjadi jarang hingga
menampakkan
kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu
sangat menyedihkan kerana
usia awal 30 an, rambutnya seperti wanita berumur 90 an.

Seperti daun getah luruh di musim panas,
semakin hari semakin
banyak rambut
Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku
tangan dan kakinya juga
menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar
kehitaman seperti di penuhi
darah beku.

" Tiap hari, dia termenung. Dia
mengeluh, kenapalah dia sakit
macam ni.
Kenapa dia, buka n orang lain ? Apa salah
dia ? Kasian betul
saya tengok," kata Arifin. Wajahnya sayu " Hidup kami
pun jadi tak terurus macam dulu".

Di sebabkan doctor tempatan gagal
menyembuhkan penyakit Niza,
Arifin
membawa isterinya ke Singapura. Hampir
sebulan mereka di sana
dan banyak
wang di habiskan namun pulang dengan
hati kecewa. Doktor di
negara itu juga
tidak dapat mencari penawar keadaan
penyakit berkenaan.

" Sekarang ni, keadaan isteri saya dah
bertambah teruk. Bila
malam saja dia
meraung, meracau dan menangis-nangis.
Jadi, saya harap ustaz
dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis
ikhtiar saya mengubatnya
cara moden,"tambah Arifin.

"Insya-Allah....' Balas saya. Tapi saya
mula terasa pelik.
Perasaan ingin
tahu mula bercambah kerana berdasarkan
pengalaman, kata-kata
yang diluahkan
semasa seseorang yang meracau dapat
membantu kita merawatnya.
Ini kerana
semasa meracau itulah dia meluahkan
segala yang terbuku di
hati.

"Apa yang dia cakap masa meracau tu ?" "
Macam-macam ustaz...
tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada
saya. Saya tanya kenapa ?.
Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah...
orang dah sakit memang
macam tu," kata Arifin. Saya Cuma mendiamkan diri.
Mengiakan tidak,
menggeleng pun tidak.

Setelah berbincang lama, dia meminta
diri . Sebelum pulang,
saya berjanji
untuk kerumah Arifin pada malam esoknya.
" Datang ya, ustaz .
Saya tunggu," katanya sambil mengangkat punggung.
Dia kemudiannya melangkah lemah
meninggalkan pejabat saya.
Seperti yang di janjikan, saya sampai ke rumahnya
selepas isyak. "Jemput masuk
ustaz,"
Arifin memperlawa sambil membawa saya ke
sebuah bilik. "Dia baring dalam
bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula
tengok muka dia. Orang
rumah saya ni
sensitif sikit," bisiknya sebelum kami
masuk ke bilik berkenaan. ;

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang
wanita berselimut paras
dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.
" Za... ni Ustaz Nahrawi datang,"
kata Arifin perlahan sambil memegang
bahu isterinya. Dengan lemah,
Niza menoleh. Masya-Allah memang keadaan Niza
sangat menyedihkan .
Wajahya penuh
dengan bintil-bintil yang menggerutu.
Matanya terperosok ke
dalammanakala
tulang pipi membojol seperti bongkah
batu yang membayang di permukaan
tanah. Badannya pula kurus cengkung dan
kepala separuh botak
menandakan dia
sudah lama menderita.

Niza Cuma tersenyum tawar memandang
saya. Saya dekati dia dan
selepas lima
minit meneliti keadaannya, saya panggil
Arifin ke sudut bilik.
Dengan suara
berbisik, saya bertanya; " Pin ,
saya nak tanya sikit,
tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak
tersinggung ".
" Tak adalah ,ustaz. Tanyalah, saya tak
kisah," jawab Arifin. "
Err,...dari
mana datangnya bau yang..." soal saya,
tapi tak sanggup nak
menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan
itu agak busuk. "
Ooo... mmm, dari
alat sulit dia," kata Arifin perlahan.
"Keluar lendir bercampur
nanah."
Saya tidak memanjangkan lagi topik itu
kerana tidak mahu
memalukanArifin
dan isterinya. Lagi pun tidak manis
untuk bertanya tentang
hal-hal yang
seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza,
saya memberitahu
Arifin, kadangkala
di timpa penyakit sebegini sengaja di
turunkan balasan oleh Allah kerana
ada melakukan dosa atau derhaka kepada
ibu atau bapa. Lantas
saya bertanya,
adakah Niza sudah meminta ampun daripada
ibu bapanya. " Sudah ustaz.
Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah." "
Kalau macam tu, baguslah,"
kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat
yang dipetik dari
al-Quran, saya
meminta diri. Sebelum itu saya
nasihatkan Arifin dan Niza serta
keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian
Allah. " Sama-samalah kita
berdoa
supaya dia sembuh," kata saya sebelum
meninggalkan rumah Arifin.
Suda h
ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan
Niza menjadi bertambah
parah.
Perkara ini saya ketahui apabila Arifin
menghubungi saya beberapa
minggu
kemudian.
Menurut kawan saya itu, isterinya kini
kian teruk racaunya.
Memang benar. Bila saya menziarahnya
petang itu, Niza kelihatan
semakin
tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang
bukan-bukan. Malah saya
pun
tidak
dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin
supaya melakukan solat
hajat
memohon ke hadrat Ilahi supaya
menyembuhkan isterinya. Nasihat
saya
itu
dipatuhi namun beberapa hari kemudian
Arifin menalifon lagi.

Kali ini suaranya lebih sedih, seperti
hendak menangis. "
Ustaz,"
katanya,
" sekarang barulah saya tau kenapa dia
jadi macam tu" "Kenapa ?"
pantas saya bertanya. " Sejak dua t iga malam
lepas, dia minta ampun
daripada saya
dan ceritakan segala-galanya". Arifin
menyambung ceritanya;
Malam itu
saya terkejut sebab semasa meracau isteri
saya minta ampun kerana
telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata
Niza, dia telah
memasukkan darah
haid dan air maninya ke dalam makanan
saya. Saya tanya "kenapa ?"
Dia jawab,
supaya ikut kata-katanya dan tak cari
perempuan lain.

" Tambah saya kesal, selepas itu dia
meminta ampun pula kerana
telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza,
dia lakukan perbuatan tu
selepas saya di tundukkan dengan ilmu hitam. "
Saya tanya, masa bila
awak buat ?
Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak
kira lah semasa saya
bertugas
di
luar daerah. Semasa keluar seorang diri,
dia telah membuat
hubungan sulit
dengan beberapa lelaki.
" Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu,
tapi saya tak kenal.
Kata
Niza,
hubungan mereka bukan setakat kawan
saja, malah sudah ke tahap
buat
hubungan seks. Kerana itu dia minta
berbanyak-banyak ampun
daripada
saya.
Dia minta saya maafkan.

" Saya tak sangka betul, ustaz. Madu
yang saya beri, racun yang
dibalasnya.
Patutlah selama ini bila berdepan dengan
dia saya jadi hilang
pertimbangan.


Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil,
takut nak membantah.
Sudahlah
begitu, dia jadi perempuan...." Kata
Arifin tanpa sanggup
menghabiskan
kata-katanya.

Termenung saya mendengar ceritanya itu.
Tidak saya sangka Niza
sanggup
berkelakuan demikian kerana Arifin bukan
orang sebarangan.
Arifin
berpelajaran agama dan setia kepada
isterinya. Budi bahasa pun
elok.
" Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa
awak maafkanlah dia,"
kata
saya.
Selain itu saya mencadangkan kepada
Arifin supaya merelakan
isterinya
pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu
terlalu sukar
meninggalkan
jasad
kerana dia mahukan keampunan daripada
suaminya terlebih dahulu. "
Lagipun,
dia sudah terlalu menderita, sampai
badan tinggal tulang,
kepala

pun
dah
nak botak. Doktor pula sudah sahkan
penyakit dia tidak dapat
disembuhkan
lagi. Jadi, pada pandangan saya,
> daripada dia terus azab
> > menanggung
> > > > > > seksaan
> > > > > > > sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau
> awak relakan saja dia
pergi.
Saya
tau ia susah nak di buat, tapi keadaan
memaksa."
" Ampunkan dia ?" Arifin bertanya balik.
" Dia dah derhaka
dengan
saya,
buat tak senonoh dengan lelaki lain,
kenakan ilmu sihir kepada
saya,
ustaz
mau saya maafkan dia ?" tingkah Arifin
dengan suara yang agak
keras.
Mungkin dia terkejut. " Ya... dia pergi
dengan aman dan awak
pula
dapat
pahala," jelas saya. Saya terus
memujuknya supaya beralah demi
kebaikan
isterinya. Saya katakan, yang lepas itu
lepaslah. Lagi pun Niza
sudah
mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik
Arifin memaafkannya.
Mungkin
dengan
cara itu Niza akan insaf dan meninggal
dengan mudah.
" Takkan awak nak biarkan dia menderita
? Awak nak pukul dia ?
Maki
dia?
Tak ada gunanya... Maafkan saja dia
dengan hati yang
benar-benar
ikhlas,"
jelas saya. Setelah puas memujuk,
akhirnya Arifin mengalah
juga.
Lalu
saya
nasihatkan supaya dia bacakan surah
Yasin tiga kali dan
ulangkan
ibu Yasin( salaamun qaulam mirrabir rahim )
sebanyak tujuh kali.
" Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan
solat," kata saya.
Seminggu
kemudian Arifin menelefon saya. Dengan
sedih beliau memaklumkan
isterinya
sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya
itu, Niza pergi tanpa
sesiapa
sedari kerana ketika itu dia sedang
menunaikan solat Isyak.
Bila
kembali,
dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.
" Tapi alhamdulillah, sebelum pergi dia
sempat minta ampun
daripada
saya
sekali lagi kerana menderhaka. Marah,
memang marah, tapi bila
dia
pegang
tangan saya sambil menangis dan kemudian
minta ampun, tidak
sanggup
juga
rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam
keadaan tanpa kemaafan
daripada
saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia."

Namun demikian, kata Arifin, lendir dan
nanah busuk masih lagi
mengalir
daripada alat kelamin Allahyarham
isterinya itu sehinggalah
mayatnya
dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari
cerita ini. Kepada
lelaki,
hati-hatilah dalam memilih isteri, jgn
pandang hanya pada
rupa......
RASIONAL TANPA EMOSI-KAKU...
EMOSI TANPA RASIONAL-GILA...

Copy + Paste from email.

Thursday, December 02, 2010

Keajaiban dunia sempena kelahiran Rasulullah







keajaiban dunia sempena kelahiran Rasulullah

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah
al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.

Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi
utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa
utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam
konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas
dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.

Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan
hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak
boleh diubah atau
dipinda.

2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada
orang alim melalui ilham dan sebagainya.

3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad
s.a.w.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak
mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih
banyak lagi rahsia yang belum tersingkap.

Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di
sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi
Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya,
Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang
hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang
kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau
telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu
kepada seluruh umat
manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan
berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah
memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan
memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur,
pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di
darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran
surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera
bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu
berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan
menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam
al-Quran.
Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab
sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah
tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia
diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``Khabar
bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara
itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan
Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad
lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang
seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar
dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana
Busra di
Syria.

Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga
dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi
seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling
awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah
apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua
tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga
beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur
dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala
perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah
riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah
langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda
ketinggian
martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang
terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di
Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah.
Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi
pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada
berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha
Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai
Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas
tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda
keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu
tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan
orang-orang Majusi yang
dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat
mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang
dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda
bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu
susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau
setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang
banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor
lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di
atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara
susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu
malaikat
Jibril dan Mikail.

Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci
gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan
darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu
diletakkan semula di tempatnya.

hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami
telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun
nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan
baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab
kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang
terakhir.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...