Pages

Saturday, February 19, 2011

safee sali & Pelita Jaya




Safee selesa, mula congak keserasian

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SEMANGAT penyerang kebangsaan Mohd Safee Sali untuk memulakan aksi dalam kancah Liga Super Indonesia (ISL) semakin membara apabila menyertai sesi latihan pertama bersama kelab baru, Pelita Jaya FC, semalam.

Safee, 27, yang secara rasmi menyarung jersi pasukan bergelar Pendekar Gunung Parang itu Isnin lalu menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Pusat Olahraga Pelita Jaya, Sawangan, Jakarta Selatan di bawah kendalian jurulatih dari Serbia, Misha Radovic.


Dia yang dihubungi Arena Metro nyata begitu teruja dengan pertemuan pertama dengan rakan sepasukan namun menyedari hakikat tiada keistimewaan diberikan kepadanya untuk berada dalam kesebelasan utama.

“Saya gembira apabila dapat bertemu dengan semua pemain dan juga jurulatih Pelita Jaya dalam sesi latihan pagi tadi (semalam). Sambutan amat baik, mereka dan juga peminat sangat mesra dan menyatakan sokongan kepada saya.


“Ini latihan pertama pasukan selepas semua pemain diberikan cuti seminggu. Saya perlu segera meningkatkan semula tahap kecergasan dan menyesuaikan diri dengan keadaan dan corak permainan pasukan ini.


“Saya perlu berusaha mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama kerana pasukan ini mempunyai pemain import lain di posisi penyerang,” katanya.

Perpindahan Safee dari Selangor ke Pelita Jaya mendapat liputan meluas bukan saja di Malaysia malah juga di Indonesia sebaik dia tiba di Jakarta, Isnin lalu.


Pemain kelahiran Kajang itu yang mengikat kontrak setahun bersama Pelita Jaya akan berusaha merebut tempat bagi membuat penampilan pertama menentang kelab kegemarannya, Persib Bandung 7 Mac depan di Stadium Singaperbangsa Karawang, Jawa Barat bagi pusingan kedua ISL.

Safee bagaimanapun menafikan tanggapan bahawa dia akan mendapat sambutan panas penyokong Persib Bandung kerana menolak tawaran kelab itu untuk menyertai Pelita Jaya yang menghuni tangga tercorot liga.


“Memang saya harap beraksi pada perlawanan menentang Persib Bandung dan mahu menjaringkan gol pada penampilan pertama. Tidak ada yang panas, saya sudah jelaskan keadaan sebenar mengenai perpindahan saya ke Pelita Jaya, apa yang berlaku sebelum ini hanya salah faham,” katanya.


Safee, penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF Disember lalu bakal memperkuatkan jentera serangan Pelita Jaya yang turut mempunyai pemain import dari Paraguay, Juan Ramirez.

Monday, February 14, 2011

Ganjaran Pemain skuad Piala Suzuki - RM115,000


Setiap sorang dapat $50,000.00

REZEKI barisan 22 pemain yang membawa Malaysia menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010 pada 29 Disember lalu terus bertambah.

Semalam, kesemua 22 pemain itu serta ketua jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal menerima RM50,000 setiap seorang daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai ganjaran menjulang trofi terunggul Asia Tenggara itu buat kali pertama selepas 14 tahun.

Ganjaran tersebut disampaikan sendiri oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah pada satu majlis khas yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

“Saya cukup gembira kerana selepas berjaya memenangi pingat emas Sukan SEA 2009, kita berjaya pula menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 setelah menanti selama 14 tahun.

“Para pemain telah memberi sepenuh jiwa raga mereka untuk memenangi piala ini. Kita semua patut berasa bangga dengan kejayaan ini,” titah Sultan Ahmad Shah ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Pada 12 Januari lalu, kesemua 22 pemain negara itu telah menerima ganjaran berjumlah RM65,000 daripada Kerajaan Malaysia yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tanpa dikira ganjaran tambahan yang diperolehi beberapa pemain daripada kerajaan negeri masing-masing, setiap pemain skuad Piala Suzuki AFF 2010 itu kini sudah menerima durian runtuh berjumlah RM115,000.

Sultan Ahmad Shah seterusnya mahu barisan pemain-pemain muda negara mengorak langkah untuk mencipta satu lagi sejarah layak ke Sukan Olimpik 2012 di London dengan melepasi saingan kelayakan yang akan bermula 23 Februari depan.

Namun ditanya sama ada jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee turut akan membimbing skuad Sukan SEA 2011 di Indonesia, November depan, titah baginda: “Kita akan putuskan siapa jurulatih Sukan SEA pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM, 23 Februari depan.”

Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa Rajagobal akan membantu Kim Swee untuk Sukan SEA 2011 tetapi tidak jelas sama ada Rajagobal akan bertindak sebagai ketua jurulatih atau sekadar penasihat pasukan.

Turut berlangsung semalam, mesyuarat Jawatankuasa Kewangan FAM yang dipengerusikan Sultan Ahmad Shah tetapi jumlah geran kewangan kepada setiap pasukan Liga Super dan Liga Premier musim ini masih dirahsiakan nilainya.

Bantah Mohsen Namjoo





Bantah penyanyi Iran

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta membatalkan permit konsert seorang penyanyi warga Iran, Mohsen Namjoo, 35, yang dijadualkan berlangsung 18 Februari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini kerana lagunya didakwa memperlekeh kesucian al-Quran.

Penyanyi itu pernah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahkamah di Iran pada 9 Jun 2009, namun sempat melarikan diri ke Eropah.


Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zukifli Noordin berkata, dia hairan bagaimana permit konsert penyanyi berkenaan boleh dikeluarkan pihak berkuasa memandangkan dia lari hukuman, malah seni kata lagunya menghina Islam.

“Penganjuran konsert penyanyi itu seolah-olah tidak menghormati kesucian sambutan Maulidur Rasul selepas ia diadakan tiga hari selepas sambutan berkenaan,” katanya ketika membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini petang semalam.


Menurutnya, dia membuat laporan polis bagi memaksa polis menyiasat bagaimana permit boleh dikeluarkan sedangkan penyanyi itu secara terang-terangan menyanyikan lagu menghina Islam.


Katanya, Mohsen menggunakan kalimah dalam al-Quran dan menyampaikannya dalam bentuk yang menghina kitab suci umat Islam itu.

Mohsen adalah ahli muzik yang menggabungkan muzik tradisional Parsi dengan rock, jazz dan blues.


Dia juga mengubah suai syair yang ditulis penyair hebat Iran seperti Hafiz dan Rumi dengan perkataannya sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...