Saturday, February 19, 2011
safee sali & Pelita Jaya
Safee selesa, mula congak keserasian
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SEMANGAT penyerang kebangsaan Mohd Safee Sali untuk memulakan aksi dalam kancah Liga Super Indonesia (ISL) semakin membara apabila menyertai sesi latihan pertama bersama kelab baru, Pelita Jaya FC, semalam.
Safee, 27, yang secara rasmi menyarung jersi pasukan bergelar Pendekar Gunung Parang itu Isnin lalu menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Pusat Olahraga Pelita Jaya, Sawangan, Jakarta Selatan di bawah kendalian jurulatih dari Serbia, Misha Radovic.
Dia yang dihubungi Arena Metro nyata begitu teruja dengan pertemuan pertama dengan rakan sepasukan namun menyedari hakikat tiada keistimewaan diberikan kepadanya untuk berada dalam kesebelasan utama.
“Saya gembira apabila dapat bertemu dengan semua pemain dan juga jurulatih Pelita Jaya dalam sesi latihan pagi tadi (semalam). Sambutan amat baik, mereka dan juga peminat sangat mesra dan menyatakan sokongan kepada saya.
“Ini latihan pertama pasukan selepas semua pemain diberikan cuti seminggu. Saya perlu segera meningkatkan semula tahap kecergasan dan menyesuaikan diri dengan keadaan dan corak permainan pasukan ini.
“Saya perlu berusaha mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama kerana pasukan ini mempunyai pemain import lain di posisi penyerang,” katanya.
Perpindahan Safee dari Selangor ke Pelita Jaya mendapat liputan meluas bukan saja di Malaysia malah juga di Indonesia sebaik dia tiba di Jakarta, Isnin lalu.
Pemain kelahiran Kajang itu yang mengikat kontrak setahun bersama Pelita Jaya akan berusaha merebut tempat bagi membuat penampilan pertama menentang kelab kegemarannya, Persib Bandung 7 Mac depan di Stadium Singaperbangsa Karawang, Jawa Barat bagi pusingan kedua ISL.
Safee bagaimanapun menafikan tanggapan bahawa dia akan mendapat sambutan panas penyokong Persib Bandung kerana menolak tawaran kelab itu untuk menyertai Pelita Jaya yang menghuni tangga tercorot liga.
“Memang saya harap beraksi pada perlawanan menentang Persib Bandung dan mahu menjaringkan gol pada penampilan pertama. Tidak ada yang panas, saya sudah jelaskan keadaan sebenar mengenai perpindahan saya ke Pelita Jaya, apa yang berlaku sebelum ini hanya salah faham,” katanya.
Safee, penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF Disember lalu bakal memperkuatkan jentera serangan Pelita Jaya yang turut mempunyai pemain import dari Paraguay, Juan Ramirez.
Labels:
Berita-Berita Sukan Tempatan
0 comments:
Post a Comment