Pages

Tuesday, January 18, 2011

Liverpool bangkit Ko???

.

Lega Reds mula bangkit

LIVERPOOL - Kenny Dalglish tetap ber puas hati kerana Liverpool kini mula menunjukkan tanda kebangkitan, walaupun mereka hanya empat mata di atas zon penyingkiran.

Dalglish, yang merupakan antara pengurus berjaya dari tahun 1985 hingga 1991, memulakan tugas pertama dengan kekalahan, apabila Liverpool tunduk 0-1 kepada Manchester United pada saingan Piala FA dan tewas kepada Blackpool sebelum seri 2-2 dengan Everton.

Skuad Reds hanya memenangi tujuh daripada 22 perlawanan liga setakat ini, tetapi Dalglish percaya prestasi Liverpool akan kembali memuncak tidak lama lagi.

''Saya lihat keyakinan telah datang di kalangan pemain, ia merupakan berita baik. Mereka sedang menyesuaikan diri dengan taktikal terbaru kami dan saya gembira mereka mendengar apa yang diarahkan oleh Stevie (Clarke), Sammy (Lee) dan saya.

''Suasana pada sesi latihan juga berbeza. Itu bukan bermakna kita semakin baik tetapi suasananya berbeza, pemain percaya apa yang mereka buat pada masa sekarang.

''Sebelum saya menjadi pengurus, saya sering menonton perlawanan mereka dan sukar untuk saya percaya tidak banyak kemenangan yang mereka dapat kutip.

''Cara terbaik untuk berubah adalah menukar persembahan kita mengikut apa yang kita perkatakan.

''Saya tidak dilihat secara negatif oleh sesiapa semenjak saya tiba ke sini. Saya cukup gembira dengan sikap para pemain.

''Kami masih belum mencapai keputusan yang dimahukan tetapi sekiranya kami terus bekerja keras, segalanya mungki berubah secara perlahan-lahan,'' kata Dalglish.

Dalglish, yang terpaksa mengeluarkan Daniel Agger pada penghujung separuh masa pertama, dijangka akan bersemuka dengan pemilik kelab, John W Henry mengenai perpindahan pemain bulan ini.

Henry, yang berada di Anfield semasa Liverpool seri 2-2 dengan Everton, akan bertemu dengan pengurus baru yang dilantik sehingga penghujung musim ini dan bersedia untuk melakukan perbincangan.

''Kami akan duduk dan bincang bersama pada makan tengah hari. Mungkin mereka akan bertanyakan soalan kepada saya dan saya sedia menjawab, tetapi saya tidak bersedia memberikan butiran terperinci kepada anda, ''katanya.

Pada perlawanan kelmarin, Liverpool mendahului lawan menerusi gol pemain antarabangsa Portugal, Raul Meireles.

Namun, enam minit selepas separuh masa kedua, Sylvain Distin dan Jermaine Beckford, memberikan Everton mendahului perlawanan, sebelum sepakan penalti Dirk Kuyt, memberikan satu mata berharga buat Reds. - AFP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...