Pages

Tuesday, November 23, 2010

MENIKMATI KEBOSANAN

MENIKMATI KEBOSANAN

Ini sebuah cerita ringan tentang kebosanan.
Seorang tua yang bijak ditanya oleh tamunya.

Tamu: "Sebenarnya apa itu perasaan 'bosan', pak tua?"

Pak Tua: "Bosan adalah keadaan dimana fikiran menginginkan perubahan,
mendambakan sesuatu yang baru, dan menginginkan berhentinya rutin
hidup
dan
keadaan yang monotonous dari waktu ke waktu."

Tamu: "Kenapa kita merasa bosan?"

Pak Tua: "Kerana kita tidak pernah merasa puas dengan apa yang kita
miliki."

Tamu: "Bagaimana menghilangkan kebosanan?"

Pak Tua: "Hanya ada satu cara, nikmatilah kebosanan itu, maka kita pun
akan
terbebas darinya."

Tamu: "Bagaimana mungkin dapat menikmati kebosanan?"

Pak Tua: "Bertanyalah pada dirimu sendiri: mengapa kamu tidak pernah
bosan makan nasi yang sama rasanya setiap hari?"

Tamu: "Kerana kita makan nasi dengan lauk dan sayur yang berbeza, Pak
Tua."

Pak Tua: "Benar sekali, anakku, tambahkan sesuatu yang baru dalam
rutin hidup mu maka kebosanan pun akan hilang."

Tamu: "Bagaimana menambahkan perkara baru dalam rutin?"

Pak Tua: "Ubahlah caramu melakukan rutin itu. Kalau biasanya menulis
sambil
duduk,
cubalah menulis sambil jongkok atau berbaring. Kalau biasanya membaca
di kerusi, cubalah membaca sambil berjalan-jalan atau meloncat-loncat.
Kalau biasanya menalipon dengan tangan kanan, cubalah dengan tangan
kiri atau dengan kaki kalau boleh. Dan seterusnya."

Lalu Tamu itu pun pergi. Beberapa hari kemudian Tamu itu mengunjungi
Pak
Tua
lagi.

Tamu: "Pak tua, saya sudah melakukan apa yang Pak Tua sarankan, kenapa
saya
masih merasa bosan juga?"

Pak Tua: "Cuba lakukan sesuatu yang bersifat keanak-anakkan."

Tamu: "Contohnya?"

Pak Tua: "Mainkan permainan yang paling kamu senangi di waktu kecil dulu."

Lalu Tamu itu pun pergi.

Beberapa minggu kemudian, Tamu itu datang lagi ke rumah Pak Tua.

Tamu: "Pak tua, saya melakukan apa yang Pak Tua sarankan.

Di setiap waktu lapang; saya bermain sepuas-puasnya semua permainan
anak-anak yang saya suka dulu. Dan keajaiban pun terjadi. Sampai
sekarang saya tidak pernah merasa bosan lagi, meskipun di saat saya
melakukan hal-hal yang dulu
pernah
saya
anggap membosankan. Kenapa terjadi sedemikian, Pak Tua?"

Sambil tersenyum Pak Tua berkata: "Kerana segala sesuatu sebenarnya
berasal
dari
fikiranmu sendiri, anakku. Kebosanan itu pun berasal dari fikiranmu
yang berfikir tentang kebosanan. Saya menyuruhmu bermain seperti anak
kecil agar
fikiranmu
menjadi ceria. Sekarang kamu tidak merasa bosan lagi kerana fikiranmu
tentang keceriaan berhasil mengalahkan fikiranmu tentang kebosanan.
Segala sesuatu berasal fikiran. Berfikir bosan menyebabkan kau bosan.
Berfikir ceria menjadikan kamu ceria."

Sunday, November 21, 2010

Temuduga Sebagai "Calon Jenazah"

Temuduga Sebagai "Calon Jenazah"

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN.

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham di pasaran terbuka
mahupun saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau
seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai
sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.
Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi).
Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada
orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya,
sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang
menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika
mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih
hidup
di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah
kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan
daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan
diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada
malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah
ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada
jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat
berkata
kepadanya : dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari
arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku
tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat)
memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya
kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki
(Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana
penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku
sebentar,
aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan
mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami
tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang
kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu
kepada
nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan
aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang
membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata
kepada mayat itu :
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan
demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian
dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu
dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka
bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70
hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat. Semoga
berjaya dalam temuduga ini. Wallahu-a'lam.
Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...