Temuduga Sebagai "Calon Jenazah"
SEMUA AKAN  DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN.
KEKOSONGAN JAWATAN:
A.  Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara  Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas  untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang  Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal  abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat  membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam  barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil  saham di pasaran terbuka
mahupun saham Internet.
Anda tidak perlu bawa  pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang  atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg  cantik, hensem atau berbadan tegap atau
seksi.
Sila bawa dokumen asal  iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai 
sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN  BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi  anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda? 
Anda  cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.
Ia akan  menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi).
Ia akan  berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada
orang-orang  tertentu.
Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA  TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud  begini:
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya apabila jenazah  seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya,
sesungguhnya jenazah itu  mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang
menghantarnya ke kubur pada  saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika
mayat itu seorang muslim, maka  solat yang dilakukannya ketika beliau masih
hidup
di dunia akan  diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah
kanannya, zakatnya  diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan
daripada sedekahjariah,  silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan
diletakkan dihujung dua  kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu  berkata kepada
malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian  malaikat berpindah
ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari  arasku tidak ada
jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri,  maka zakat
berkata
kepadanya : dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian  di datangi dari
arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di  bahagianku
tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya :  Duduklah kamu. Kepadanya (mayat)
memperlihatkan matahari yang sudah mula  terbenam, lalu malaikat bertanya
kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu  tentang seorang laki-laki
(Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap  tentangnya; dan bagaimana
penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu :  Tinggalkan aku
sebentar,
aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat :  Sesungguhnya engkau akan
mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab  dahulu apa yang kami
tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki  -laki Muhammad) yang
kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana  penyaksian kamu
kepada
nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah!  Nabi Muhammad saw dan
aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah  pesuruh Allah yang
membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka  malaikat berkata
kepada mayat itu :
Demikianlah kamu dihidupkan dan  begitu juga kamu dimatikan dan dengan
demikian juga kamu dibangkitkan semula  diakhirat insya'Allah. Kemudian
dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata  padanya itulah tempat kamu
dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan  berada di dalamnya. Maka
bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan  kuburnya seluas 70
hasta dan disinari cahaya baginya".
Sila war-warkan  tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat. Semoga
berjaya dalam  temuduga ini. Wallahu-a'lam.
Wassalam.
 
 

 
   
 
0 comments:
Post a Comment