MAKLUMAT INI ADALAH BENAR
1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa  timunnya, sebabnya
memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas  pembakaran akan
mendatangkan kesan karsinogen!  Apa bendanya karsinogen tu?  Ianya
ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah.  Timun pula  adalah
anti-karsinogen.
2. Jangan makan udang selepas mengambil pil  vitamin C!  Yang mana
anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam  sahaja.
3. Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo.  Balik rumah  dan
pergi periksa.  Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat,  jika
kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate
atau  ringkasnya SLS.  Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka
masa yang  panjang dan ini bukannya jenaka.  Shampoo yang disahkan
mengandungi bahan ini  ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal,
Hemp Shampoo terbaru keluaran  body shop, Nature Force dan lain-lain
lagi.  Shampoo Clairol's Herbal Essence  adalah satu-satunya yang
mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.   Meskipun
pertanyaan telah pun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan  dari
mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami  tidak
boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang  boleh
mengeluarkan busa yang banyak".  Dalam pada itu, Pasta Colgate &  Dee
Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama  untuk
penghasilan busa.
5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera  (tak kiralah maggi,
koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu  sekurang-kurangnya 3 hari
selepas mengambil mee segera sebelum mengambil  paket yang
seterusnya.  Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang  doctor.
Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini  setelah
mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini..  Inilah  yang
menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain  apabila
dimasak.  Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari  SBC
(sekarang ni dikenali sebagai TCS).  Beberapa tahun lalu, yang  mana
kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan  mudah
mengambil mee segera setiap hari.  Kemudiannya beliau  disahkan
menghidap barah.  Barahnya disebabkan wax dalam mee segera..   Doktor
juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari  untuk
membersihkan wax dari sistem badan.  Seorang lagi mangsa yang  serupa
ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah  ibunya
ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee  segera..
Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu.  Sekarang ini  tindakan
memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan  untuk
mendapat barah'.  Kalau istilah James Bond, 'Licence to  kill!'
6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke  sebuah
perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat  banyak
straw minuman.  Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan.  Apa  yang
mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama  gorengan
bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan,  ianya
melebur lantas menyaluti bawang tersebut.  Sebab itulah kalau  bawang
goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik  tapi
kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.
 
 

 
   
 
0 comments:
Post a Comment