| Citer  1 
 
 Suami : Kenapa Sayang  menangis?
 Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
 Suami : Buku apa?
 Isteri : Buku bank abanglah..
 
 
 Citer 2
 
 Aderla sorang  lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
 derma. Derma untuk rumah  orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
 budak : derma ape bang?
 lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
 didermakan?
 budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
 lelaki :  ?????
 
 
 Citer 3
 
 Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan  mereka.
 Farid : Mengapa?
 Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada  teman baru. Sebelum tu
 awak mesti kembalikan semua gambar saya.
 Farid :  Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
 pilihlah  sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
 Siti : Erkkkkkk........  Benci .........
 
 
 Citer 4
 
 3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik... Namun pemandu  motor
 tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah  bertiga!!!
 
 
 Citer 5
 
 Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut  dibuatnya. It
 happen at Jalan Loke Yew... Satu malam tu kawan pompuan ni la,  dia baru
 jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler
 tapi memang dia betul-betul mabuk.. So masa on the way home she got blocked
 from the police officer and asked for her driving license and so on but
 unfortunately
 at the same time tu, there was an accident happen a cross  the road. Quite
 major jugaklah accident and the policeman leave her and  rushed to the
 accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat  camne,
 she just ran off back to her car and head straight back home in  Klang.
 So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu
 tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
 Pompuan ni pulak jawab, "TAK  KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.
 " So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
 Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER
 NGAN  HOUSEMATE SAYA."
 So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI,  KELUAR JAP"
 Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"
 Pompuan  tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg
 malam tadi balik  rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna
 putih (wira) cuma keta dia  takde sticker polis kat tepi pintu jer... Tak
 pasal2 kena saman RM1000 dan  gantung lesen 1 tahun.
 
 
 Citer 6
 
 Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan  pada
 jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
 ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
 hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
 Kawan Tok  Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
 Tok Batin : Kalau rosak 1  gear ada 2 lagi gear.
 Kawan Tok Batin : ????????
 
 
 Citer 7
 
 
 Seorang  posmen yang datang menghantar surat.
 " Assalamualaikum "
 "  Walaikumsalam "
 " Ni rumah encik Sameon ye?
 " Ya saya"
 " Poning  kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
 " Buat susah aje encik nie!  Apsal tak pos aje?"
 
 
 Citer 8
 
 Orang Asli Dan Polis
 orang asli : selamat pagi tuan
 polis : selamat pagi
 polis : apa hal
 orang asli : saya nak buat  repot tuan
 polis : fasal apa tu
 orang asli : kawan saya di baham harimau
 polis : pukul berapa
 orang asli : dia tak pukul, terkam
 polis :  habis?
 orang asli : tak habis, tinggal kepala
 
 
 Citer 9
 
 Seorang lelaki  pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
 bertanya: " Doktor,  lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
 membaca macam orang lain?" "Dah  tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya.
 Dah lama saya buta huruf, akhirnya  boleh juga saya membaca," kata lelaki
 itu dengan riang.
 
 
 Citer 10
 
 Sebaik sahaja  mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
 Shan terpandang Amin  sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
 Amin. : Shan Kenapa  menangis?
 Amin : Saya datang untuk ujian darah.
 Shan : Awak takut ke?
 Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
 telah  terpotong jari saya.
 (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
 Amin  : Eh, kenapa pula awak menangis?
 Shan : Saya datang untuk ujian air  kencing...
 
 
 Citer 11
 
 Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar  surat.
 Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
 berwarna merah.
 "Atok buat apa tu?".
 "Atok bagi surat kat kawan atok,cu!"  jawap atoknya.
 Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok
 duduk dalam tong merah tu?"
 
 
 Citer 12
 
 Seorang  pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
 menyiasat punca  kematian tiga lelaki sekaligus.
 Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia  bertanya kepada penjaga bilik
 berkenaan.
 Polis : Mengapa ketiga-tiga  mayat tersenyum?
 Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2  diserang strok.
 Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan  sakit jantung
 manakala yg ketiga
 disambar petir.
 Polis : Hah! Kenapa  disambar petir pun tersenyum?
 Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil  gambarnya...
 | 
0 comments:
Post a Comment