Keluasan api neraka
Yazid Arraqqasyi  dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang  kepada Nabi saw pada waktu yang  ia
tidak biasa datang dalam keadaan berubah  mukanya, maka
ditanya oleh nabi s.  a. w.: "Mengapa aku melihat kau
berubah muka?"  
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu  di saat
Allah menyuruh supaya dikabarkan penyalaan  api neraka,
maka tidak layak  bagi orang yang mengetahui bahawa
neraka Jahannam itu  benar, dan siksa kubur itu benar,
dan siksa Allah itu  terbesar untuk bersuka-suka
sebelum ia merasa  aman daripadanya." 
Lalu nabi s. a. w.  bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan
padaku sifat  Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika  Allah
menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama  seribu
tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan  seribu
tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun  sehingga
hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah  padam nyala
dan baranya. Demi  Allah yang mengutus engkau dengan
hak, andaikan  terbuka sebesar lubang jarum  nescaya
akan dapat membakar penduduk dunia semuanya  kerana
panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau  dengan hak,
andaikan satu baju  ahli neraka itu digantung di  antara
langit dan bumi nescaya akan mati penduduk  bumi kerana
panas dan basinya.  Demi Allah yang mengutus engkau
dengan hak, andaikan  satu pergelangan dari rantai yang
disebut dalam  Al-Qur'an itu diletakkan di atas  bukit,
nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke  tujuh.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,  andaikan
seorang di hujung barat tersiksa, nescaya  akan
terbakar orang-orang yang di hujung timur  kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam  dan
perhiasannya besi, dan minumannya air panas  campur
nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.  Api
neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu  ada
bahagiannya yang tertentu dari orang  laki-laki dan
perempuan."  
Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah  pintu-pintunya
bagaikan pintu-pintu  rumah kami?" Jawabnya: "Tidak,
tetapi selalu  terbuka, setengahnya di bawah  dari
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan  70,000
tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain  70 kali
ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah  lebih
panas)  
Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah  penduduk
masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu  yang
terbawah untuk orang-orang munafik, dan  orang-orang
yang kafir setelah  diturunkan hidangan mukjizat nabi
Isa a. s. serta  keluarga Fir'aun sedang namanya
Al-Hawiyah. Pintu  kedua tempat orang-orang  musyrikin
bernama Jahim, pintu  ketiga tempat orang shobi'in
bernama Saqar. Pintu  ke empat tempat Iblis dan
pengikutnya dari  kaum majusi bernama Ladha, pintu
kelima orang yahudi  bernama Huthomah." 
"Pintu ke enam  tempat orang nasara bernama  Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah  s. a. w.
sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau  terangkan
penduduk pintu ke  tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya
orang-orang yang  berdosa besar dari ummatmu yang
sampai mati belum  sempat bertaubat." 
Maka nabi s. a. w.  jatuh pengsan ketika mendengar
keterangan itu,  sehingga Jibrail meletakkan  kepala
nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar  kembali
dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya  Jibrail,
sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku,  apakah
ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke  dalam
neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg  berdosa besar
dari ummatmu."  Kemudian nabi s. a. w. menangis,
Jibrail juga  menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk  ke
dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali  untuk
sembahyang kemudian kembali dan tidak  berbicara dengan
orang dan bila  sembahyang selalu menangis dan  minta
kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan  Bagi Yg
Lalai")  
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih  boleh
melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat  bertahan
dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah  kamu bahawa
neraka jahanamKu  itu: 
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat  
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah  
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung  
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah  
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik  
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak  
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok  zarqum 
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai  70,000 ekor
ular  
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70  hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.  
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum  mempunyai 70,000
rantai  
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000  malaikat 
Mudah-mudahan dapat  menimbulkan keinsafan kepada kita
semua.  
Wallahua'lam.  
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159  :
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan  apa yang
telah Kami turunkan dari  keterangan-keterangan dan
petunjuk hidayat,  sesudah Kami menerangkannya  kepada
manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu  dilaknat oleh
Allah dan dilaknat  oleh sekalian makhluk. 
Dari Abdullah bin  'Amr R. A, Rasulullah S. A. W
bersabda:  "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat". 
 
 

 
   
 
0 comments:
Post a Comment