Pages

Friday, August 12, 2011

Terima Bantuan Dari Gereja


Tak mahu terima lagi

pic : sekadar hiasan


SEREMBAN: “Saya berjanji tidak akan menerima bantuan gereja lagi dan berharap ia memberi pengajaran kepada semua pihak terutama diri ini yang pernah menunaikan umrah,” kata wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.

Menurut ibu kepada empat anak itu, selepas perkara berkenaan didedahkan oleh media, pelbagai pihak dan badan kebajikan tampil untuk membantunya.


“Saya menyesal dan insaf kerana tidak berfikir panjang hingga sanggup meminta bantuan daripada gereja. Niat saya ketika itu hanya satu iaitu mahu menyara anak,” katanya.

Nur berkata, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) sebelum ini sudah menasihatinya supaya tidak menerima bantuan daripada gereja dan dia menerima nasihat itu.


“Kini, saya tidak mahu menerima sebarang bantuan daripada gereja kerana sedar perbuatan itu salah di sisi agama.


“Malah, semalam (kelmarin), Yayasan Murad turut datang ke rumah menghulurkan bantuan makanan dan kewangan,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Ahad lalu, akhbar ini melaporkan seorang wanita menerima bantuan daripada gereja kerana gagal mendapatkan bantuan daripada pihak berkaitan.


Wanita yang mempunyai empat anak berusia lima hingga 12 tahun terpaksa menerima bantuan daripada gereja selepas berhenti kerja kerana mengalami masalah kesihatan teruk.

Sementara itu, Setiausaha Mains, Kamal Amran Kamaruddin dalam kenyataannya berkata, pihaknya sudah memberikan pelbagai bantuan wang tunai dan makanan kepada wanita berkenaan sejak 2006.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...