CERITA  MENARIK.....
Cerita 1
Dalam hujan lebat, malam gelap  gulita, jalan tidak berapa  nampak,
aku cari jalan mudah  follow kereta depan, tiba-tiba kereta  itu
emergency  brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam
hujan  lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi 
dia nampak  kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj   kereta
rumahnya.
Cerita   
Dua ekor anjing telah terperangkap  di sebuah  pulau dan ingin
berenang menuju ke seberang. Untuk  sampai ke  seberang ia memerlukan
stamina yang cukup.  Anjing A pun training  habis-habisan, anjing B
relaks  je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang  dan anjing B
sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A  tak 
puas hati, tapi anjing B kata,"Ala... releks le, aku ni kan   anjing
laut."
Cerita   
Seorang atok membawa cucunya ke  pejabat pos untuk  menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya   memasukkan surat ke dalam
tong berwarna merah."Atok  buat apa tu?" "Atok bagi  surat kat kawan
atok,  cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang  sangat
kawan atok duduk dalam tong merah tu?"
Cerita 4
Seorang makcik nak beli tembikai  merah, penjual menjamin  tembikai
yang dijualnya  berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut  berada
di  tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan  berwarna
sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual  pun 
berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi  pucat
dan  putih."
Makcik tu pun  baling tembikai tu kat muka si penjual  tu.
Cerita  
Sebuah helikopter yang membawa   seorang juruterbang berserta 2 orang
kenamaan telah  jatuh terhempas.  Juruterbang itu terselamat tetapi
alfatihah buat 2 orang kenamaan itu.  Apabila sedar dari koma, 
juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak  polis,"Cuba  awak
ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan  siasatan  kami."
"Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian  30,000 meter tiba-tiba  saya
terasa sejuk sangat. Jadi  saya telah matikan kipas Helikopter  tu...."
Cerita  
ketika saya baru masuk ke lift,   sorang wanita masuk dan menekan
butang '2' dan kemudian  butang '4', manakala  saya lak menekan
butang '18' untuk  ke tingkat 18. lift pun naik la dan  berhenti di
tingkat  '2', tp wanita tue tak keluar. kemudian lift berhenti  pulak
di tingkat '4', tp wanita tue pun tak keluar juga dan lift pun   mula
naik. maka bertanyalah saya pd wanita tue,  "akak(sbb nampak cam  tua
dr saya) dah terlepas tingkat  yg akak nak naik.." "ooo.. saya nak
ke  tingkat 24",  jawabnya selamba.."tp td akak tekan butang '2' dan
'4'"  tanya  saya lagi tak puas ati.. "astaga!!! nilah akibatnya kalu
terlalu lama bekerja  dgn kalkulator"sambil menggaru kepala... 
Cerita 7
Seorang eksekutif  muda dengan penuh semangat bercerita  pada
temannya  tentang kehebatan komputer yang baru dimilikinya.
"Bayangkan  ! komputer saya ini setiap hari mampu menyelesaikan 
setengah dari pekerjaan  saya". "Lho ... kenapa kamu tidak  membeli
dua komputer" sahut  temannya. 
Cerita  
Jake sedang  berbaring di tempat  tidur kerana uzur.. hanya tunggu
masa hilang nyawa. Isterinya, Susan berada  di sampingnya. Susan 
memegang tangan yang lemah dan tangisan air mata keluar   dari
matanya. Ketika Susan berdoa, ia memandang  isterinya dan bibir  yang
pucat mulai berkata secara  perlahan. "Susan, isteriku," ia
berbisik.  "Suamiku,  jangan berbicara, berehatlah." "Susan, saya
harus  mengakui  sesuatu," ia berkata dengan lemah. "Tidak ada yang
perlu di akui," jawab  Susan dengan bersedih. "Semuanya baik-baik 
saja, tidurlah," kata isterinya  sambil menangis. "Tidak saya  ingin
mati dengan damai. Susan, saya telah  berlaku  curang dengan kakakmu,
teman baikmu, dan ibumu." "Saya  tahu... ,"  jawabnya. "Kerana itulah
saya meracuni  kamu... "
Cerita 9
pada  suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapanya kerna tak lulus 
exam.. dalam  report kad semuanya merah² belaka.. jd,  bapanya
membanding²kan anaknya dengan  anak jirannya  yang cerdik dan
pandai... bapa : "kamu tak penah belajar  ke?  lihat anak jiran
sebelah, report card dia tak de  pun merah². dia anak yg  cerdik..
tak macam kamu, malas  betull.. " kerana kesal dibanding² si  anak
menjawab:  "yelaaaa bapa... anak jiran sebelah kan bapanya cerdik....."  bapa : ?? 
Cerita  10
Dua orang sahabat  baik pergi ke  sebuah kedai makanan segera untuk
memesan  minuman ringan. setelah pesanan  sampai, mereka masing²
keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan. pemilik  kedai yg  dari
tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus  menuju ke  arah
mereka dan seraya berkata, "Maaf en,  anda tidak dibenarkan  memakan
sandwich Anda sendiri di  sini!".. maka dua org sahabat  itu
perpandangan, sesama  mengangkat bahu dan mula menukar  sandwich
memasing...
 
 

 
   
 
0 comments:
Post a Comment