Assalamualaikum warahmatullahi  wabarakatuh kepada semua
Semoga hari ini lebih  bermakna untuk menjadi motivasi hari esok.Cuba anda semua perhatikan bagaimana  personaliti dan perwatakan boss di tempat anda. Apa yang anda kagumi tentang  boss anda? Di sini lima perkara yang selalu boss anda atau mungkin juga anda  sebagai boss terlepas pandang untuk melaksanakannya.
1. Beri  salam
Jarang sekali kalau kita perhatikan boss atau ketua di tempat  kita yang mula memberi salam. Asyik-asyik anak buah boss juga yang kena mulakan  memberi salam. Selalu juga berlaku anak buah yang beri salam, tapi boss tak  jawap. Jikalau anda sebagai boss atau ketua di organisasi anda, apalah salahnya  anda menghulurkan salam kepada anak-anak buah anda di pejabat. Percayalah mereka  akan segan dan mula menyayangi anda.
2. Beri hadiah penghargaan  pada hari-hari tertentu
Satu perkara yang mudah tetapi adakah anda  sebagai boss atau boss anda lakukan untuk anda? Penghargaan yang tak seberapa  tapi akan menyebab staf di bawah anda memberikan kesetiaan kepada anda dalam  melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Boss anda mungkin juga memberikan alasan  susah untuk mengingati tarikh lahir staf yang ramai. Tapi itulah yang perlu boss  lakukan untuk menjadi boss yang hebat.
3. Staf adalah famili di  pejabat
Jangan hanya menganggap staf di bawah anda sebagai rakan  kerja, tetapi mereka sebenarnya adalah famili kedua anda di pejabat. Jadi jangan  hanya layan mereka sekadar rakan kerja untuk menyiapkan tugasan yang anda  berikan. Anda juga perlu tahu masalah dan emosi mereka.
4. Turun  padang
Banyak sekali yang berlaku, setiap kali majlis-majlis kecil  atau program-program yang dianjurkan oleh staf anda, anda sebagai boss tidak  hadir untuk meraikannya. Anda mungkin menyerahkan pembantu di bawah anda untuk  hadir. Tetapi tanpa anda sedari anda telah mengecewakan  mereka.
5. Berikan hak-hak staf di bawah anda
Bukan  mudah untuk menjadi seorang boss yang hebat. Anda perlu tunaikan semua hak-hak  mereka agar mereka lebih mengasihi anda. Hadirilah setiap jemputan yang  melibatkan kenduri kahwin, majlis tahlil, atau ziarahilah keluarga staf anda  sekiranya mereka ditimpa kesusahan. Hulurkan bantuan kepada mereka. Jangan  hitung kuantiti yang anda beri, tetapi ambil kira kualiti yang telah anda  lakukan. Perkara yang anda lakukan ini mungkin tak seberapa di sisi anda tetapi  besar nilainya di sisi mereka. Percayalah bahawa anda bakal menjadi boss yang  hebat sekiranya anda mengambil berat 5 perkara ini.
Memimpin  memerlukan kemahiran tertentu agar dapat memberikan kesan yang efektif kepada  staff di bawah anda. Kemahiran juga memerlukan keyakinan dan pendekatan yang  kreatif agar proses memimpin lebih mudah dan fleksibel kepada semua golongan  yang menjadi sasaran pimpinan.Ketahui lebih lanjut bagaimana mahu menjadi  seorang ketua atau boss yang dikagumi dengan mencontohi Akhlak Rasulluallah S.  A. W
 
0 comments:
Post a Comment