Pages

Tuesday, May 10, 2011

Gula Pulok Naik Rega...

Bn..Bn.....





Gula kini RM2.30 sekilogram
Oleh Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@nstp.com.my


PUTRAJAYA: Berkuatkuasa jam 12 tengah malam tadi, harga gula di negara ini meningkat sebanyak 20 sen sekali gus menjadikan harga barangan kawalan itu yang sebelum ini berharga RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom (gambar) berkata, walaupun harga gula di pasaran tempatan dinaikkan, kerajaan masih perlu membayar subsidi sebanyak RM283.4 juta.


“Dalam masa sama, pembayaran subsidi sebanyak RM283.4 juta itu bagi memastikan harga gula di pasaran negara ini dapat dikekalkan.

“Penjimatan harga subsidi 20 sen itu hanya menjimatkan RM116.6 juta sedangkan harga semasa sekilogram gula di pasaran dunia ialah RM2.50,” katanya pada sidang media mengenai Pelarasan Semula Subsidi Gula di KPDNKK, di sini, semalam. Tindakan itu berikutan keputusan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang menetapkan subsidi gula di negara ini perlu diturunkan. Kenaikan harga gula ini adalah kali keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari dengan kenaikan sebanyak 20 sen, Julai dengan kenaikan sebanyak 25 sen serta Disember kenaikan sebanyak 20 sen.


Mohd Zain berkata, langkah penurunan subsidi gula itu selaras dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat.


Beliau berkata, walaupun perubahan harga runcit dibuat, harga gula di pasaran tempatan masih lagi rendah berbanding negara serantau lain. “Harga gula di Indonesia RM3.80 sekilogram, Singapura RM3.61 sekilogram, Thailand RM2.31 sekilogram dan Filipina RM4.50 sekilogram,” katanya. Namun, katanya, dengan kadar kenaikan itu peniaga makanan tidak sepatutnya menaikkan harga makanan dan minuman kerana perubahan harga berkenaan tidak terlalu ketara dan hanya membabitkan kenaikan kecil. “Mungkin ramai yang tidak sedar kesan daripada pengambilan gula secara berlebihan akan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos lebih besar untuk merawat pesakit. “Jadi, kami berharap kenaikan harga ini dapat mengubah gaya hidup rakyat di negara ini,” katanya. Katanya, kementerian juga akan melakukan kajian setiap enam bulan bagi memastikan keperluan penyelarasan subsidi harga gula.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...