Pages

Tuesday, January 11, 2011

Perbezaan pendapat punca Bun undur

Perbezaan pendapat punca Bun undur

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PERBEZAAN pendapat mengenai sistem kejurulatihan menjadi punca utama peletakan jawatan jurulatih badminton kebangsaan, Datuk Misbun Sidek pada awal bulan ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengesahkan perkara itu selepas mengadakan pertemuan bersama bekas jaguh badminton negara itu yang turut disertai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong kelmarin.


Ahmad Shabery menjelaskan hasil pertemuan itu penting bagi memahami punca sebenar isu itu selain membolehkan perbincangan dari hati ke hati dapat dilakukan antara Nadzmi dengan Misbun.

“Punca utamanya adalah wujud perbezaan pendapat mengenai sistem kejurulatihan antara kedua-dua pihak namun saya percaya ia dapat difahami dan diselesaikan.


“Selain isu teknikal itu, aspek perasaan jurulatih juga penting untuk diambil kira kerana usaha untuk melahirkan juara dunia bukanlah tugas mudah termasuklah peranan keluarga yang boleh membantu melahirkan pemain terbaik.


“Saya rasa ini adalah antara perkara yang perlu diperhalusi BAM,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Sukan Malaysia (Sukma) di MSN, semalam.

Beliau menyatakan, hasil perbincangan itu akan disampaikan Nadzmi pada mesyuarat Exco badan induk itu esok dan terpulang kepada mereka sama ada menerima peletakan jawatan Misbun atau sebaliknya.


“Saya harap satu situasi menang-menang dicapai pada mesyuarat itu. Jika mereka menerima peletakan jawatan itu, saya ingin mengetahui apakah pilihan untuk menggantikan Misbun dan sekiranya keputusan sebaliknya diambil, apakah langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan perbezaan pendapat itu,” katanya.

Ahmad Shabery berkata, hasil pertemuan itu dapat menafikan beberapa andaian yang timbul berikutan isu peletakan jawatan itu seperti ingin menubuhkan sebuah badan profesional yang lain serta terdapat tajaan untuk Datuk Lee Chong Wei dan Misbun sekiranya membentuk pasukan baru.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...