Pages

Wednesday, January 05, 2011

Maybe BAM yg Lupa Ingatan - kes Misbun

.


Chong Wei, jangan mudah lupa daratan
Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my
2011/01/05
pix_gal0
Pemain itu dakwa BAM mengabaikannya

JANGAN lupa daratan! Itulah ingatan tegas yang dinyatakan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh kepada jaguh perseorangan, Lee Chong Wei yang tampak lantang mengkritik badan induk itu.
“Dia perlu ingat jasa BAM. Kita memberi banyak sokongan termasuk kewangan dan moral kepadanya hingga dia berjaya hari ini. Dia tidak perlu mengugut dan mengkritik seperti itu,” katanya.
Beliau yang baru pulang dari London diminta mengulas kenyataan Chong Wei berhubung keputusan jurulatih perseorangan, Datuk Misbun Sidek meletak jawatan yang seolah-olah mengugut untuk keluar daripada BAM dan mengkritik badan induk itu yang tidak pandai menjaganya selaku pemain nombor satu dunia.

“Jika dia mahu keluar dengan menjadi usahawan dan membuka akademinya sendiri, kita menghormati keputusannya,” katanya.

Mohd Nadzmi bagaimanapun mengingatkan pemain nombor satu dunia itu bukan mudah untuk berdikari di luar kerana banyak contoh pemain yang keluar daripada badan induk itu gagal menyerlah dan tenggelam.

“Kita memperkenalkan syarat baru supaya penaja yang mahu menaja pemain perlu menerusi BAM kerana tidak mahu timbul konflik dengan penaja sedia ada, selain memastikan setiap tajaan itu tidak dibolot oleh seorang pemain,” katanya.

***

Misbun mampu bantu Nusa Mahsuri jadi lebih berjaya: Jalani


2011/01/05
PENASIHAT kelab badminton Nusa Mahsuri, Jalani Sidek tidak menolak kemungkinan keputusan Datuk Misbun Sidek meletak jawatan selaku jurulatih perseorangan negara akan membolehkan kelab itu kembali bergerak dan memperkukuhkan kedudukan di persada badminton negara dan dunia.

“Saya tidak menolak kemungkinan itu (Misbun kembali ke Nusa Mahsuri),” katanya, semalam.
“Lagipun, perlu diingat, selama ini kami hanya meminjamkan Misbun dan Rashid (Sidek) kepada BAM untuk melahirkan ramai bintang. Tetapi, nampaknya ada pihak yang tidak gembira dan puas hati,” katanya.
Bekas pakar beregu itu bagaimanapun menegaskan, dia tidak tahu punca sebenar abangnya itu meletak jawatan.

“Saya tidak mempengaruhinya untuk berbuat demikian (meletak jawatan). Saya juga tidak tahu punca sebenar dia berbuat demikian. Saya hanya mengetahuinya menerusi siaran berita,” katanya.

Jalani berkata, Misbun mungkin sudah terlalu lama memendam perasaan dan mungkin dia tidak dapat menyimpannya lagi sebelum membuat keputusan meletak jawatan itu secara mengejut Jumaat lalu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...