.Dunia dh akhir zaman ni weh.....blumba-lumba org ngaku hepi wat jahat....cilako tol...
Kecaman moderator
Oleh Gaddafi Musli
gaddafi@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Biarpun mendapat banyak bantahan pelbagai pihak, satu laman blog yang menyiarkan rakaman video pengakuan gay seorang jurutera Islam hingga mencetuskan kontroversi, terus mempertahankan tindakan tidak bermoral itu.
Menerusi beberapa posting baru, moderator blog terbabit semalam menyiarkan beberapa petikan komen orang ramai yang memihak mereka, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat di alam siber.
“Korang (engkau orang) mungkin tak setuju dengan aku, tapi aku seorang liberal. Aku percaya lelaki gay perlu diberi hak sama dengan lelaki normal,” demikian komen seorang blogger di dalam blog itu.
Moderator blog turut mengecam pembaca yang memberi komen negatif, malah turut mendakwa lelaki Islam yang membuat pengakuan mengenai naluri songsangnya itu menerima kecaman dan beberapa ugutan bunuh dalam ruangan komen di laman YouTube.
Berikutan itu, tanpa rasa bersalah moderator terbabit mendesak pihak berkuasa memberi perlindungan keselamatan kepada lelaki berkenaan.
Pemantauan Harian Metro di YouTube setakat semalam mendapati lebih 215,000 orang menonton rakaman video terbabit dengan lebih 3,400 komen diterima, kebanyakannya mengutuk dan ada juga yang memberi nasihat.
“Moga Allah membukakan hati saudara untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,” demikian catatan seorang pelayar di ruangan komen YouTube video terbabit.
Sementara itu, Pengarah Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Saimah Mukhtar, berkata pihaknya memandang serius perbuatan lelaki itu memandangkan ia boleh memudaratkan masyarakat Islam negara ini.
Berikutan itu, katanya, Jakim mengenal pasti beberapa tindakan susulan termasuk tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap lelaki terbabit kerana perbuatannya boleh dianggap sebagai menghina Islam.
“Kami akan berbincang dengan beberapa agensi kerajaan termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan susulan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Saimah berkata, peranan institusi keluarga khususnya ibu bapa perlu diperkukuh supaya gejala seperti ini tidak merebak dan mendatangkan kesan negatif kepada orang Islam.
“Dalam Islam, amalan seks sejenis seperti gay dan lesbian sangat dikeji dan ia dosa amat besar kerana menentang fitrah Allah, malah ia juga menyalahi undang-undang negara.
“Justeru, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memastikan anak-anak tidak terjerumus aktiviti songsang seperti ini,” katanya.
Menurutnya, orang Islam yang didapati melakukan hubungan sejenis boleh dikenakan tindakan mengikut Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000, penjara selama tiga tahun dan enam sebatan.
copy + paste : Metro Online
0 comments:
Post a Comment