Pages

Tuesday, August 10, 2010

Burger King Using Pig Fat - ???






FW: Bismillah

Dear Brothers and Sisters
If you look at the picture, it says sausage patties. In the US, sausage is made from pigs fats.


5 Tips menjadi ketua/bos yang baik


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua

Semoga hari ini lebih bermakna untuk menjadi motivasi hari esok.Cuba anda semua perhatikan bagaimana personaliti dan perwatakan boss di tempat anda. Apa yang anda kagumi tentang boss anda? Di sini lima perkara yang selalu boss anda atau mungkin juga anda sebagai boss terlepas pandang untuk melaksanakannya.

1. Beri salam
Jarang sekali kalau kita perhatikan boss atau ketua di tempat kita yang mula memberi salam. Asyik-asyik anak buah boss juga yang kena mulakan memberi salam. Selalu juga berlaku anak buah yang beri salam, tapi boss tak jawap. Jikalau anda sebagai boss atau ketua di organisasi anda, apalah salahnya anda menghulurkan salam kepada anak-anak buah anda di pejabat. Percayalah mereka akan segan dan mula menyayangi anda.

2. Beri hadiah penghargaan pada hari-hari tertentu
Satu perkara yang mudah tetapi adakah anda sebagai boss atau boss anda lakukan untuk anda? Penghargaan yang tak seberapa tapi akan menyebab staf di bawah anda memberikan kesetiaan kepada anda dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Boss anda mungkin juga memberikan alasan susah untuk mengingati tarikh lahir staf yang ramai. Tapi itulah yang perlu boss lakukan untuk menjadi boss yang hebat.

3. Staf adalah famili di pejabat
Jangan hanya menganggap staf di bawah anda sebagai rakan kerja, tetapi mereka sebenarnya adalah famili kedua anda di pejabat. Jadi jangan hanya layan mereka sekadar rakan kerja untuk menyiapkan tugasan yang anda berikan. Anda juga perlu tahu masalah dan emosi mereka.

4. Turun padang
Banyak sekali yang berlaku, setiap kali majlis-majlis kecil atau program-program yang dianjurkan oleh staf anda, anda sebagai boss tidak hadir untuk meraikannya. Anda mungkin menyerahkan pembantu di bawah anda untuk hadir. Tetapi tanpa anda sedari anda telah mengecewakan mereka.

5. Berikan hak-hak staf di bawah anda
Bukan mudah untuk menjadi seorang boss yang hebat. Anda perlu tunaikan semua hak-hak mereka agar mereka lebih mengasihi anda. Hadirilah setiap jemputan yang melibatkan kenduri kahwin, majlis tahlil, atau ziarahilah keluarga staf anda sekiranya mereka ditimpa kesusahan. Hulurkan bantuan kepada mereka. Jangan hitung kuantiti yang anda beri, tetapi ambil kira kualiti yang telah anda lakukan. Perkara yang anda lakukan ini mungkin tak seberapa di sisi anda tetapi besar nilainya di sisi mereka. Percayalah bahawa anda bakal menjadi boss yang hebat sekiranya anda mengambil berat 5 perkara ini.

Memimpin memerlukan kemahiran tertentu agar dapat memberikan kesan yang efektif kepada staff di bawah anda. Kemahiran juga memerlukan keyakinan dan pendekatan yang kreatif agar proses memimpin lebih mudah dan fleksibel kepada semua golongan yang menjadi sasaran pimpinan.Ketahui lebih lanjut bagaimana mahu menjadi seorang ketua atau boss yang dikagumi dengan mencontohi Akhlak Rasulluallah S. A. W

Babi Hutan dan Ular

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W
sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S...A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.
Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian RasulullahS.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.
Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu Berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka
Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang.
Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."


Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu
semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.
Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya..
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...