Pages

Wednesday, February 23, 2011

Safee di Pelita Jaya

Safee galas harapan tinggi rakan Pelita Jaya


2011/02/23SAFEE (dua dari kiri) menjalani latihan fizikal pasukan Pelita Jaya di padang latihan kelab di Sawangan, semalam.


LAIN berbanding pemain import lain!

Itulah gambaran dan persepsi awal rakan sepasukan Safee Sali di Pelita Jaya terhadap penyerang prolifik Malaysia itu.
Dan mereka meletakkan harapan tinggi kepada penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF itu untuk melakukan ‘sentuhan ajaib’ membantu pasukan keluar dari tangga tercorot dalam pusingan kedua Liga Super Indonesia (ISL), bermula menentang Sriwijaya, 5 Mac ini.
“Kami akui terkejut dengan keputusannya menyertai kelab ini, apa lagi dia mempunyai status tinggi selaku penjaring terbanyak Piala Suzuki sedangkan kami sebuah kelab yang terperosok di dasar ISL.

“Begitupun, kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadirannya serta harap dia dapat membantu meningkatkan prestasi pasukan dalam pusingan kedua ISL,” kata kapten Pelita Jaya, Ardan Aros, 26.

Pendapat sama turut dikongsi penjaga gawang, Made Kadel Wardana, 30, yang mengakui rakan sepasukan meletakkan harapan tinggi kepada Safee.

“Walaupun baru tiga hari menjalani latihan bersama, tetapi dia cepat menyesuaikan diri. Rakan sepasukan juga amat senang dengannya. Keadaan ini mungkin disebabkan kami memiliki budaya dan bahasa yang sama,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...